Gambar hiasan...Perdana Menteri meneliti barang-barang dalam kedai KR1M. |
Sehubungan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan berkenaan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman meminta peniaga yang berminat agar memohon menyertai program KR1M bagi membolehkan pihaknya mendapatkan kelulusan daripada kerajaan.
"Permohonan untuk membuka KR1M di DUN Seberang Takir sentiasa terbuka dan kita mengalu-alukan peniaga setempat untuk memohon membuka kedai tersebut," katanya kelmarin.
Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Terengganu berkata KR1M bukan sahaja membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga rendah tetapi juga menolong peniaga meningkatkan hasil jualan.
Peniaga KR1M dapat menjimatkan kos pembelian barangan jualan kerana membeli secara borong pada harga berpatutan, katanya.
Setakat ini terdapat 125 KR1M di seluruh negara yang menawarkan 397 produk berjenama 1Malaysia. KR1M antara inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
No comments:
Post a Comment