Thursday, April 3, 2014

200 Petugas Media Dari 25 Negara Sertai Pesta Candat Sotong Terengganu


Hampir 200 petugas media dari 25 negara termasuk Malaysia mengesahkan untuk menyertai Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 yang akan berlangsung dari 11 hingga 17 April ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ada negara yang turut disertai stesen televisyen iaitu Australia, Brunei, China, Jerman, Korea Selatan, Hong Kong, India, Indonesia, Perancis, Sepanyol, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Beliau berkata stesen televisyen dari China paling ramai menghantar peserta

"Program candat sotong ini kita adakan empat malam di mana dua malam di perairan antara Kuala Terengganu-Setiu dan dua malam lagi antara Kuala Terengganu-Pulau Kapas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Kuala Terengganu, semalam.


Menurutnya setiap kumpulan media mempunyai empat peserta yang rakaman gambar terbaik akan diberikan hadiah berupa melancong ke Terengganu.

Ahmad Said berkata pihak urus setia pelancongan negeri akan turut membawa para pengamal media ke destinasi tumpuan pelancongan bagi penggambaran dalam usaha mempromosi Terengganu ke peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment