Saturday, April 12, 2014

407 Anggota Penguat Kuasa Ditugaskan Sepanjang Festival Mencandat Sotong Antarabangsa 2014


Tiga ratus dua pegawai dan anggota polis telah ditugaskan bagi memastikan keselamatan para peserta Festival Mencandat Sotong Antarabangsa 2014 yang bermula semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md. Jamil berkata, polis turut dibantu oleh 105 penguat kuasa dari agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Tambahnya, kesemua petugas keselamatan dari pelbagai agensi itu turut dilengkapi dengan 14 aset keselamatan di darat dan laut bagi memastikan perjalanan festival selama tujuh hari itu berjalan lancar. 



"Langkah yang dilakukan ini memberi keyakinan tahap keselamatan kepada kira-kira 250 pengamal media cetak dan elektronik dari dalam dan luar negara sepanjang menyertai festival itu di negeri ini.

Kita bukan sahaja mengawal keselamatan mereka semasa berada di daratan malah ketika melakukan aktiviti di air seperti mencadat sotong juga diberi kawalan keselamatan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment