Gambar hiasan - apakah pelajar-pelajar berkenaan memiliki lesen? |
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, usaha itu akan dilakukan melalui Program 1Rakyat 1LESEN atau myLESEN khusus untuk para belia dan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) bagi penduduk berumur 40 tahun ke atas di Sabah dan Sarawak dan 45 tahun ke atas di Semenanjung.
Katanya, sejak kedua-dua program dilancar pada tahun 2009, JPJ berjaya mengeluarkan lesen menunggang B2 kepada 62,903 penduduk daripada 154 program diadakan di seluruh negara dan dari jumlah itu sebanyak 6,668 membabitkan penduduk di Terengganu.
"Program tersebut bagi memastikan penduduk dapat memandu dengan selamat mengikut undang-undang," katanya selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ daerah Besut di Gong Kemuntong di Jerteh, hari ini.
Mengenai kes kemalangan jalan raya, Ismail berkata, sepanjang tahun lalu angka kemalangan meningkat sebanyak 14,781 kes daripada 477,204 berbanding 462,423 kes pada tahun 2012.
No comments:
Post a Comment