Tuesday, April 8, 2014

Ketua Audit Tegur Kelewatan Projek Empangan Paya Peda


Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan prestasi pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu lewat 18.49 peratus berbanding jadual asal.

Menurut laporan yang dibentang di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam, kelewatan itu disebabkan kegagalan kontraktor menepati terma kontrak.

Audit yang dilakukan mengesan beberapa kelemahan antaranya pemilihan kontraktor tidak berkelayakan dan tidak berpengalaman selain penggunaan bilangan jentera yang kurang daripada yang ditetapkan, demikian menurut laporan itu.

Pihak terbabit juga gagal menubuhkan Emergency Response Team, kata laporan itu lagi.

Sehubungan itu Ketua Audit Negara mengesyorkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta Kementerian Kewangan (MOF) melaksanakan beberapa penambahbaikan antaranya memastikan asas pemilihan kontraktor dibuat secara komprehensif dari segi kewibawaan, kelayakan, keupayaan dan pengalaman.

MOA, perunding dan kontraktor juga hendaklah segera menubuhkan pusat informasi bagi meningkatkan penglibatan serta menyediakan Emergency Response Plan (ERP) yang lengkap, kata laporan itu.

MOA juga diminta memantau bilangan loji dan peralatan asas di kawasan pembinaan bagi mengelak kelewatan dalam pembinaan.

No comments:

Post a Comment