Thursday, April 3, 2014

LPP Catat Keuntungan Lebih RM2 Juta Tahun Lepas

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri Terengganu mencatatkan keuntungan melebihi RM2.1 juta tahun lepas melalui aktiviti perniagaan daripada 15 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan sebuah Pertubuhan Peladang Negeri.

Pengarah LPP Negeri Shamsuddin Mat Rani berkata perolehan pendapatan itu dijana melalui aktiviti PPK dan projek korporat pertubuhan peladang.

"Antara aktiviti ahli termasuklah pemasaran hasil-hasil pertanian, pemasaran padi dan perkhidmatan kejenteraan ladang," katanya semalam.

Katanya projek korporat pula membabitkan ladang kelapa sawit, pengangkutan lori dan ternakan ikan dalam sangkar.

Shamsuddin berkata LPP melalui PPK berjaya melahirkan 375 usahawan dalam pelbagai bidang dan seramai 20 usahawan memperoleh pendapatan lebih RM5,000 sebulan.

Katanya antara aktiviti PPK ialah ternakan ikan dan pengeluaran agro makanan.

No comments:

Post a Comment