Tiga pelumba Terengganu telah dipilih untuk menggalas cabaran negara pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-34 dan Kejohanan Remaja Asia ke-21 di Astana, Kazakhstan, dari 21 Mei hingga 1 Jun ini.
Ketua jurulatih berbasikal Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata pelumba berkenaan ialah Sopian Nabil Omar Bakri, Hafiq Huzni Othman dan Mohd Naimin Ying.
"Sopian mewakili bawah umur 23 tahun sementara Hafiq dan Naimin masing-masing bawah 18 tahun," katanya semlam.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 16 pelumba termasuk lima pelumba wanita akan mengikuti latihan intensif selama sebulan di Chang Mai, Thailand, mulai 12 April ini bagi persediaan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014.
Selain itu, katanya, lima pelumba berbasikal bukit termasuk seorang wanita akan mengikuti latihan di Bandung, Indonesia, selama sebulan mulai 16 April ini bagi menghadapi Sukma di Perlis dari 23 Mei hingga 4 Jun ini.
No comments:
Post a Comment