Tuesday, April 15, 2014

Petronas Sumbang RM5 Juta Untuk Mangsa Banjir Di Pantai Timur


Petronas  memperuntukkan sejumlah RM5 juta berbanding RM3 juta pada 2012  kepada tiga negeri di Pantai Timur yang terlibat dalam bencana banjir.

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik Petronas Norliza Kamaruddin berkata sumbangan tersebut diagihkan dalam bentuk barangan yang diharapkan dapat membantu meringankan beban mereka

"Kita buat agihan mengikut jumlah mangsa banjir iaitu seramai 21,000 mangsa banjir di Pahang dan Terengganu yang melibatkan RM3.4 juta," katanya.


Di Kelantan, Petronas menyumbang sejumlah RM23,000 kepada 1,000 mangsa banjir di Kelantan yang menghadapi musibah itu pada hujung tahun lepas.

"Sumbangan ini kita agihkan dalam bentuk 'Gift Card Petronas yang bernilai RM150 beserta dua unit tilam kepada setiap orang mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan itu di Kota Bharu,  semalam.

Daerah Pasir Mas merupakan antara kawasan yang mencatat jumlah mangsa banjir yang tertinggi berbanding Tanah Merah dan Kuala Krai yang berlaku hujung tahun lepas, katanya.

No comments:

Post a Comment