Pembinaan 466 unit rumah kos rendah di TamanGong Chengal dekat Kemasik di sini bakal menyelesaikan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah di sekitar kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemasik Ir Rosli Othman berkata buat permulaan sebanyak 72 pemilik rumah akan menerima kunci masing-masing pada majlis penyerahan yang bakal disempurnakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Sabtu ini
"Ini adalah fasa pertama yang sudah siap manakala bakinya 394 unit dijangka akan diserahkan kepada pemilik secara berperingkat sebelum Disember tahun depan.
"Rumah yang sudah siap ini diserahkan bagi mengelak kes kecurian atau kerosakan infrastruktur berlaku jika ia dibiarkan lebih lama tanpa kehadiran penduduk," katanya semalam.
Sebanyak 466 unit rumah kos rendah di Taman Gong Chengal yang berharga RM73,000 itu adalah antara 1,913 unit rumah yang dibina di Kemaman bagi memenuhi keperluan penduduk daerah itu.
Daripada jumlah itu hanya tiga projek perumahan dibina untuk rumah kosrendah iaitu 500 unit di Padang Kubu, 466 unit (Kemasik) dan 485 unit di Perasing Jaya, Air Putih.
Bakinya adalah untuk Projek Rumah Mampu Milik melibatkan pembinaan 362 rumah di Paya Berenjut dalam Dun Chukai dan 100 unit rumah di Kerteh, Kemasik.
Rosli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan NegeriTerengganu berkata selain Taman Gong Chengal, Kemasik turut mempunyai dua lagi taman perumahan kos rendah iaitu di Rumah Murah Kemasik dan Taman Wan Adnan di Kerteh yang dibina sejak tahun 1980-an.
"Saya sering menasihatkan rakyat dalam kawasan saya agar membuat permohonan kepada Unit Perumahan kerajaan negeri agar mereka tahu prosedur yang diperlukan untuk memiliki rumah sendiri," katanya.
Masih ade kekosongan lagi tak rumah 466 .. setahun lebih sy menyewa rumah di kemasek dengan bayaran setiap bulan 450 .. kalau ada rezeki saya , saya juga mahukan rumah sendiri seperti perumahan 466 .. terima kasih
ReplyDeleteMasih ade kekosongan lagi tak rumah 466 .. setahun lebih sy menyewa rumah di kemasek dengan bayaran setiap bulan 450 .. kalau ada rezeki saya , saya juga mahukan rumah sendiri seperti perumahan 466 .. terima kasih
ReplyDelete