Sunday, April 27, 2014

Terjerat Cinta Palsu Sindiket Warga Afrika


Impian segelintir rakyat Malaysia untuk mencari nikmat bercinta dengan lelaki kaya dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah berakhir dengan mereka dijerat sindiket warga Afrika yang menjual cinta mereka menerusi alam siber.

Lebih menakutkan, dalam tempoh tiga tahun, sebanyak 2,785 rakyat Malaysia ditipu oleh sindiket tersebut membabitkan kerugian kira-kira RM103 juta.

Bukan wanita sahaja yang menjadi mangsa iaitu membabitkan 1,794 orang malah seramai 991 lelaki tempatan turut diperbodohkan sindiket tersebut.

Rata-rata rakyat tempatan yang menjadi mangsa begitu mudah tergoda dan cair hati mereka dengan ayat-ayat manis sindiket berkenaan.

Antara ayat manis sindiket tersebut yang ditulis dalam bahasa Inggeris ialah ‘Sayang, awak nampak sangat cantik dalam gambar’, atau ‘Kalau awak menjadi kekasih saya, saya akan berikan segalanya asalkan awak setia’.

Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd. Syafik Jinuin Abdullah berkata, sebanyak 1,095 kes dicatatkan pada tahun lalu dan hampir 100 peratus kes membabitkan warga Afrika.

Beliau berkata, tahun lalu sahaja, rakyat Malaysia kerugian lebih RM35.7 juta berbanding RM33.6 juta pada 2012 gara-gara terjerat dengan cinta siber berkenaan.

Menurutnya, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penipuan cinta siber meningkat 34 peratus pada tahun 2013 iaitu sebanyak 1,095 kes berbanding 814 kes pada 2012.

Kosmo!

1 comment:

  1. pada aku bagus jg dia org ni kna tipu dgn warga afrika tu sb dh lama kisah2 psnipuan cinta alam siber ni tetapi dia org masih tak ambil peduli. yang ada tu muka mcm kulit kacang goreng pun ada hati nak kawin dgn org putih.bila dah kena tipu mula lah sibuk menyusahkan org lain.puak2 ni muka tak tau malu padan muka ko org

    ReplyDelete