Thursday, April 10, 2014

Tiga Pejabat Kerajaan Di Wisma Negeri Dipecah Masuk


Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Perhutanan dan Pejabat Pertanian yang terletak di Wisma Negeri di Jalan Pejabat di sini dipecah masuk awal pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian itu disedari oleh kakitangan jabatan berkenaan yang datang kerja antara pukul 7.15 pagi hingga 7.45 pagi.

Katanya pemeriksaan polis mendapati wang tunai, barang kemas dan barang runcit milik kakitangan JPS yang terletak di tingkat lapan wisma berkenaan dilaporkan hilang membabitkan kerugian kira-kira RM5,000.
"Kita percaya penjenayah melakukan kegiatan ini sekitar pukul 2 hingga 6 pagi...terdapat kesan umpil pada pintu pejabat bagaimanapun di Pejabat Perhutanan dan Pertanian tidak mengalami sebarang kehilangan (barang)," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, kelmarin.

Manoharan berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dilakukan seorang lelaki berusia 30-an dan polis sedang giat memburunya. Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan polis, katanya.

No comments:

Post a Comment