Nor Azita Ibrahim menang acara 200 meter K1 wanita. |
Acara kanu menjadi lubuk emas Terengganu dengan membolot lima pingat emas yang terus menerajui kedudukan tertinggi carta pungutan pingat pada hari terakhir acara itu di temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis semalam.
Negeri yang terkenal dengan panggilan 'Terengganu Hanelang' yang bermaksud 'Terengganu Hebat' itu muncul juara keseluruhan acara itu di Kompleks Sukan Air, Tasik Timah Tasoh di Padang Besar dengan pungutan 14 emas dan lapan perak
Pada acara terakhir semalam, Terengganu meraih lima lagi pingat emas menerusi acara 200 meter K1 wanita menerusi Nor Azita Ibrahim, Fatimah Ngah (TK1 wanita), Ahmad Shafiq Moha dan Muhammad Uweis Arqroni Rahmat (K2 lelaki) serta gandingan Nor Azita Ibrahim dan Noor Azira Ibrahim (K2 wanita).
Pasukan dari Pantai Timur itu melengkapkan pingat emas kelima pada aksi penutup itu menerusi gandingan Akmal Idayu Mat Razik, Fatin Ajeerah Wahab, Azita dan Azira dalam acara K4 wanita.
Terengganu kini mencatatkan 16 pingat emas, 10 gangsa dan tujuh pingat gangsa diikuti kontinjen.
Pulaun Pinang meraih 10 pingat emas, tiga perak dan lima gangsa. Wilayah Persekutuan berada di tangga ketiga kedudukan carta keseluruhan dengan pungutan pingat tujuh emas, 11 perak dan sembilan gangsa.
Sejumlah 10 pingat keseluruhan ditawarkan hari ini melalui acara angkat berat, berbasikal, tenpin boling, sepak taqraw dan petanque.
Acara akuatik yang menawarkan 10 pingat emas, dijadualkan berlangsung esok terpaksa ditangguhkan pada hari Khamis berikutan aspek keselamatan Kompleks Renang (KSN) Kangar.
No comments:
Post a Comment