Friday, May 9, 2014

ESERI UniSZA Anjur Program Saintis Muda Alam Sekitar Mulai Hari Ini

Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)akan menganjurkan program Saintis Muda Alam Sekitar di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal di Kuala Terengganu, hari ini.

Program dua hari itu dianjurkan bagi meningkatkan kefahaman dan memupuk minat pelajar terhadap bidang sains penyelidikan dan alam sekitar.

Pengarah ESERI Prof Madya Dr Hafizan Juahir berkata program yang merupakan julung kali diadakan di sekolah berkenaan merupakan kesinambungan beberapa program sama yang telah dianjurkan di beberapa sekolah menengah di negeri ini sejak tahun 2011.

"Program ini adalah berbentuk interaktif iaitu pelajar akan menjalankan sendiri eksperimen dan mereka akan didedahkan dengan alat radas dalam makmal dan ini akan memudahkan pembelajaran mereka," katanya semalam.

Beliau berkata program itu juga dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri mereka untuk mengetuai kajian lapangan berkaitan alam sekitar di sekolah. Hafizan berkata ia juga dapat meningkatkan kualiti pendidikan di Terengganu terutamanya dalam mata pelajaran sains di samping melahirka

No comments:

Post a Comment