Saturday, May 3, 2014

Hasrat T-Team Pikat Syukor Jusoh Tidak Kesampaian

Hasrat pasukan T-Team untuk memikat pemain tengah Selangor, Syukor Jusoh bagi memantapkan pasukan dalam saingan kedua Liga Super tidak kesampaian.

Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata, ini kerana pemain kelahiran Kuala Berang, Terengganu, itu tidak mahu meninggalkan pasukan gergasi Merah Kuning itu.

"Kita merasa agak kecewa kerana gagal mendapat khidmat anak kelahiran Terengganu itu,” katanya kepada semalam.

Dalam pada itu, menurut Abdul Rashid, pasukan T-Team telah mendapat seorang pemain pertahanan import warga Australia, Goran Subara, 26, bagi menggantikan Fabio Flor di bahagian pertahanan.

Katanya, Subara pernah bermain dengan seorang lagi pemain import T-Team, Leandro Dos Santos dalam pasukan Bangkok Glass United di Thailand.

Abdul Rashid berkata, Subara kini sedang mengikuti latihan  - Bernama

No comments:

Post a Comment