Wednesday, May 21, 2014

JAKOA Peruntuk RM4.5 Juta Latih 400 Belia Orang Asli

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) memperuntukkan RM4.5 juta bagi melaksanakan program latihan dan kemahiran kerjaya (PLKK) melibatkan 400 belia Orang Asli, tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Sani Mistam berkata sejak dimulakan pada 2011, sebanyak 1,300 pelatih menyertainya dengan peserta yang tamat latihan dijamin mendapat pekerjaan melalui kerjasama dengan syarikat industri.

"Sehingga kini, 80 peratus daripada pelatih ini berjaya mendapat pekerjaan setelah tamat kursus selama setahun manakala baki 20 peratus pula melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.



"Melalui PLKK, mereka akan mengikuti program latihan dengan segala perbelanjaan makan minum, penginapan dan elaun ditanggung kerajaan sepenuhnya.

Maklum balas kita terima, program ini mendapat sambutan hebat daripada Orang Asli," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan majlis Penyerahan Sijil Film Batch daripada Agensi Nuklear Malaysia (MNA) kepada 10 pelatih pertama Orang Asli yang menjalani kursus Kajian Tanpa Musnah Ahad.

Mohd Sani berkata jabatan juga akan menambah beberapa kursus baharu sebagai tambahan kepada 35 kursus PLKK sedia ada

 "Antaranya yang sedang dipertimbangkan ialah kursus sebagai kedi golf profesional dan pengawal keselamatan yang bersenjata kerana kedua-dua bidang itu masih mempunyai banyak kekosongan. "JAKOA sentiasa melakukan kajian bagi melihat prospek pekerjaan yang berdaya saing dan inovatif untuk diceburi," katanya.

Antara 35 kursus PLKK sedia ada ialah jurudandan rambut, pelukis pelan, konduktor ladang dan pekerja pelabuhan.

Program ini bertujuan  menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar iaitu belia-belia Orang Asli mengikuti kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk kemahiran asas Majlis Latihan Vokasional Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia SKM 1 dan SKM 2.

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk pelaburan yang lebih besar? Pinjaman untuk pengembangan perniagaan? Pinjaman untuk pelaburan baru? Pinjaman untuk membayar hutang dan bil jangka panjang. Tidak perlu lagi, kami adalah pemberi pinjaman bersama bank dan menjamin tawaran yang telus. Kami menawarkan pinjaman faedah 2% tanpa cagaran dan Kami berada di sini untuk meletakkan dan menamatkan kemiskinan dan pengangguran, kerana semua orang mempunyai potensi sendiri. Hubungi kami hari ini melalui E-mel kami: gloryloanfirm@gmail.com dan isikan borang pinjaman tje di bawah

    {Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGARA ===========
    ALAMAT: ===========
    JENIS GARIS PANDUAN: ===========
    JUMLAH YANG DIPERLUKAN: ===========
    TIME DURATION: ===========
    NOMBOR TELEFON: =========== =============
    Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
    Hubungi e-mel kami: gloryloanfirm@mail.com
    Nota: Tiada apa-apa bayaran cukai dan yuran pendaftaran, sila memohon pinjaman mudah!!

    ReplyDelete