Sunday, May 18, 2014

Keberangkatan Sultan, Sultanah Terengganu Meriahkan Hari Keluarga Maidam


Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan sambutan Hari Keluarga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Terengganu, semalam.

 Keberangkatan tiba baginda bersama Sultanah Nur Zahirah disambut Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria serta Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Mohd Rozali Salleh.


Ini merupakan program rasmi pertama Ahmad Razif sejak dilantik Menteri Besar Terengganu yang baharu pada Isnin lepas.



Sementara itu, Mohd Rozali berkata keberangkatan baginda berdua ke sambutan berkenaan adalah yang pertama selepas penstrukturan semula pentadbiran institusi Islam di Terengganu yang diketuai beliau sejak 2012. Mohd Rozali, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, berkata langkah itu menyaksikan pertambahan petugas kepada 700 pegawai dan kakitangan berbanding 260 orang sebelum ini.

Kira-Kira 2,000 orang yang terdiri daripada kakitangan Maidam dan keluarga masing-masing memeriahkan acara tahunan itu, yang turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

No comments:

Post a Comment