Sunday, May 18, 2014

Krisis kukuhkan Umno Terengganu


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melihat kontroversi susulan pertukaran Menteri Besar Terengganu baru-baru ini memperkukuh Umno negeri.

Ini kerana katanya sikap yang dipamer pemimpin Umno negeri menunjukkan keikhlasan mereka untuk membuang yang keruh dan ambil yang jernih demi masa depan parti.

"Ini penyatuan yang indah dan perlu diteruskan," kata Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia semalam.

Beliau yang ditemui ketika menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, turut meluahkan rasa hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri majlis itu, sekali gus mencerminkan keterbukaan Presiden Umno berkenaan.

Dapat dilihat setiap pemimpin Umno meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri, katanya. Kemelut politik di Terengganu tercetus selepas Ahmad yang juga Adun Kijal mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil Bebas setelah melepaskan jawatan Menteri Besar.

Langkah beliau disusuli oleh dua lagi Adun, namun kesemua mereka kembali ke pangkuan Umno dalam tempoh 24 jam selepas mengumumkan berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment