Saturday, May 17, 2014

Kerja Baiki Masjid Kampung Binjai Kertas Dijangka Siap Menjelang Ramadan

Proses baik pulih kerosakan masjid Binjai Kertas di Hulu Terengganu kini berjalan lancar dan bakal boleh digunakan penduduk kampung itu menjelang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri, Rosli Othman berkata kos membaik pulih masjid yang runtuh bumbungnya pada Mei tahun lepas itu menelan belanja sebanyak RM133,000.

"Setakat ini, saya dimaklumkan kerja-kerja baik pulih berjalan lancar dan mengikut jadual kerana imam masjid tersebut meminta agar ia disiapkan secepat mungkin untuk kemudahan penduduk mengerjakan solat terawih sepanjang Ramadhan," katanya hari ini.

Dalam kejadian 21 Mei tahun lalu, 12 jemaah nyaris maut apabila bumbung hadapan masjid itu tiba-tiba runtuh sejurus mereka menunaikan solat Isyak.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

No comments:

Post a Comment