ak perlu pulang ke kampung untuk mengambil wang itu.
Sebaliknya mereka akan menerima di kampus.
Bercakap selepas mesyuarat Exco di Alor Setar semalam, Menteri Besar, Datuk' Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, dengan cara itu, ia tidak akan menyusahkan lagi penuntut terbabit untuk pulang ke kampung menerima wang dana itu.
"Saya mengharapkan dengan penambahbaikan ini ia akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penuntut IPT yang menerima wang dana itu kerana mereka tidak perlu lagi meninggalkan pengajian untuk menerima wang itu.
"Dengan cara itu, juga ia adalah satu penghormatan kerajaan negeri kepada penuntut IPT terbabit yang menuntut di seluruh Malaysia," katanya.
No comments:
Post a Comment