Friday, May 30, 2014

Ramadan: Perlu 100,000 Metrik Tan Stok Ikan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meminta Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menyediakan stok ikan untuk bulan puasa.

Ahli Jemaah Lembaga LKIM Datuk Din Adam berkata berdasarkan populasi Malaysia ketika ini, negara memerlukan 1.4 juta metrik tan ikan setahun.

"Untuk bulan puasa ini sahaja, kita perlu stok ikan sekurang-kurangnya 100,000 metrik tan ikan," katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (PENENTU) semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah LKIM Datuk Mohad Khazin Hamzah dan Pengarah LKIM negeri Mohd Zahid Mohd Nor. Din, yang juga Pegerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Dungun, berkata arahan sama turut diberikan kepada persatuan nelayan negeri.

Beliau berkata LKIM kini mula menghentikan bekalan untuk eksport bagi memastikan stok ikan mencukupi bagi musim perayaan ini.

Din berkata LKIM mengambil tanggungjawab ini kerana sebelum ini masalah kekurangan bekalan ikan sering berlaku setiap kali tiba musim perayaan. "Ini juga satu daripada usaha LKIM untuk memastikan harga ikan stabil," katanya.

Beliau berkata LKIM percaya pihak swasta turut menyediakan stok ikan untuk musim perayaan. Mohad Khazin pula meminta nelayan di negara ini menjadi mata dan telinga kerajaan dalam isu penyelewengan subsidi minyak.

No comments:

Post a Comment