Wednesday, May 7, 2014

Terengganu Guna Khidmat Jurulatih Kanu Dari Hungary

Terengganu menggunakan khidmat jurulatih kanu dari Hungary bagi memantapkan pasukan itu dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis pada 24 Mei ini.

Pengurus skuad kanu Sukma 2014 Suryani Mohamad berkata Majlis Sukan Negeri (MSN) berusaha membawa Viraq Tibor ke negeri ini pada Mac lepas untuk membimbing atlet skuad itu.

Atlet kanu Terengganu menunjukkan kemajuan walaupun hanya mendapat tunjuk ajar Viraq dalam tempoh dua minggu, katanya semalam.

Menurutnya Terengganu menghantar 20 atlet untuk acara kanu iaitu 10 atlet lelaki dan 10 atlet wanita dengan sasaran memenangi lapan pingat emas pada Sukma Perlis.

Terengganu merupakan juara acara kanu Sukma 2011 di Kuala Lumpur dengan memungut lapan pingat emas, lapan perak selain empat gangsa.

Beliau berkata sebahagian besar daripada atlet Sukma 2011 masih boleh beraksi dan mewakili Terengganu pada Sukma kali ini manakala bakinya atlet pelapis.

"Untuk penyesuaian, atlet kanu Terengganu telah dihantar berlatih di empangan tasek Timoh Tasoh sejak penghujung bulan lepas," katanya.

Atlet Sukma Terengganu diletak di bawah ketua jurulatih Muhammad Hakimi Abdullah.

No comments:

Post a Comment