Wednesday, May 21, 2014

Terengganu Sasar Juara Sukma Sebagai Hadiah Untuk Datuk Seri Ahmad Said


Terengganu optimis untuk merampas kembali kejuaraan Sukan Malaysia (Sukma) 2014 dengan sasaran 53 pingat emas pada temasya Sukma edisi ke-17 di Perlis yang bermula 24 Mei ini.


Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata 392 atlet sudah bersedia untuk bersaing dalam 24 jenis sukan yang melibatkan 389 acara yang dipertandingkan sepanjang temasya 12 hari itu nanti.

Katanya pihaknya yakin sasaran 53 emas, 45 perak dan 51 gangsa itu mampu dicapai dengan komitmen, latihan serta persiapan rapi yang telah dilakukan untuk Terengganu merampas kembali kejuaraan itu daripada Selangor.

"Pada kali ini Terengganu menyasarkan untuk merampas semula kejuaraan dengan pungutan 53 emas yang mewakili kira-kira 13.62 peratus daripada 389 pingat emas yang ditawarkan dan kita saya harap para atlet berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.


Selain itu saya turut berharap kesemua atlet yang menggalas cabaran ini mampu merealisasikan hasrat ini, kita mahu menjuarai Sukma ke 17 ini sebagai hadiah kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang banyak membangunkan sukan di negeri ini," katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Mohd Mahdi Musa dipilih sebagai Ketua Kontinjen Sukma Terengganu pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment