Friday, May 30, 2014

Tourism Malaysia Sasar Pendapatan RM41 Bilion Hasil Perbelanjaan Pelancong Asean


Tourism Malaysia menyasarkan pendapatan kira-kira RM41 bilion hasil perbelanjaan pelancong Asean di negara ini sepanjang 2014.

Pengarah Tourism Malaysia Asean Syed Yahya Syed Othman berkata pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai dengan pelbagai strategi dan promosi, antaranya memperkenal wilayah pantai timur sebagai destinasi baharu kepada pelancong rantau ini.

"Kami menjemput ejen pelancongan, pihak media, blogger dan juga produser filem dari seluruh Asean melawat tempat menarik di Terengganu, antaranya Santuari Kelah di Tasik Kenyir," katanya selepas majlis merai peserta program 'East Coast Trail' di Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau berkata program tiga hari itu dianjur bagi menarik lebih ramai pelancong Asean ke wilayah pantai timur sekali gus mempertingkat pertumbuhan terutama dalam sektor pelancongan di negara ini.

Selain itu, katanya, Tourism Malaysia menganjurkan sesi padanan perniagaan antara ejen pelancongan dari Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan ejen negara Asean bagi menghasilkan produk baharu yang memfokus kepada wilayah pantai timur.

No comments:

Post a Comment