Sunday, June 8, 2014

Koguru Akan Agih Keuntungan Dividen RM1.8 Juta Kepada 10,000 Anggotanya

Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU), yang meraih keuntungan bersih RM2.8 juta bagi tahun kewangan 2013, akan membayar dividen 14 peratus kepada 10,000 anggotanya.

Pengerusinya Alias Yahya berkata berdasarkan laporan kewangan 2013, koperasi itu akan membayar dividen 10 peratus iaitu 10 peratus modal saham dan 4 peratus modal yuran berjumlah RM1.8 juta, kepada 10,000 anggota Koguru mulai awal November ini," katanya kelmarin.

Beliau berkata berdasarkan pencapaian memberangsangkan dan belum pernah dicapai sebelum ini, koperasi juga akan membayar bonus kepada pekerja Koguru tahun ini.

Sejak ditubuhkan pada 1965, Koguru telah berjaya mengumpul modal yuran anggotanya sebanyak RM40 juta. Alias berkata sempena Sambutan Jubli Emas 50 tahunnya tahun hadapan, Koguru akan menawarkan pembiayaan perumahan, pembiayaan tunai segera berlandaskan Syariah.

Oleh itu beliau meminta anggota Koguru hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) koperasi itu hari ini (8 Jun) di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu bagi mengikuti perkembangan dan kemajuan Koguru.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Koguru bersetuju untuk bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah tanah seluas 3.2 hektar di Bukit Berangan yang terbengkalai sejak 1995.

Beliau berharap 58 anggota Koguru yang terlibat bersabar kerana usaha akan dilakukan bagi memastikan mereka memperoleh geran lot masing-masing secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment