Syed Ahmad Fadzli Syed Ali, 43, berasal dari Marang, didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada Mac 2013 hingga Februari tahun ini di sekitar Kuala Terengganu.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang menyamar sebagai pegawai Maidam memperdaya mangsa yang berusia antara 22 hingga 60 tahun membabitkan kerugian RM21,100.
Syed Ahmad Fadzli memperdaya mangsa untuk mempercayai tertuduh boleh menguruskan barangan lelongan Maidam seperti motosikal, mesin membuat karipap serta bantuan pembelian rumah dengan mengenakan bayaran tertentu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
Majistret Noradila Ab Latif menetapkan dua hari iaitu 22 Jun dan 24 Jun untuk sebutan semula dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP L. Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment