"Rakyat tidak perlu risau kerana kerajaan negeri akan membuat keputusan dengan mengambil kira kebajikan rakyat serta melihat kewajaran untuk menaikkan kadar cukai pintu ini."
- Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman

"Rakyat tidak perlu risau kerana kerajaan negeri akan membuat keputusan dengan mengambil kira kebajikan rakyat serta melihat kewajaran untuk menaikkan kadar cukai pintu ini," katanya ketika berucap dalam majlis Kesyukuran dan Solat Hajat UMNO Bahagian Kuala Nerus di Pekan Batu Enam di Kuala Terengganu, kelmarin.
Langkah MBKT untuk menaikkan kadar cukai pintu selepas lebih 30 tahun tidak dinaikkan sebelum ini mendapat bantahan banyak pihak.
Bagaimanapun, Ahmad Razif yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said membuat keputusan menangguhkan kenaikan cukai pintu yang dicadangkan pelaksanaannya oleh MBKT itu dan berhasrat mengkaji semula perjalanan cadangan pihak berkuasa tempatan tersebut melalui prosedur yang melibatkan dasar dan akta.
"Apa yang penting setiap pembangunan mestilah memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat," ujar beliau.
UtusanOnline
dengar kata set2 yb setiu tidak puas hati dengan layanan mb ke setiu,,,, dan kemungkinan akan keluar parti jika mb razif di pengaruhi oleh puak2 berkepentingan..
ReplyDelete