Sunday, June 8, 2014

Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Destinasi Pilihan Asia Pasifik


Ketua Pengakap Negara Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh berterima kasih atas penyerahan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin  kepada Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT).

Penyerahan itu  yang diumum Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semasa merasmikan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014.

"Harapan saya agar MPNT lebih aktif dan dapat mempelbagaikan program pengakap pada masa akan datang.

"Persekutuan Pengakap Malaysia juga akan menjadikan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail ini sebagai salah satu destinasi pilihan untuk menjalankan program-program peringkat kebangsaan, Asia Pasifik dan peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita.


Sementara itu  Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT) Datuk Abdullah Taib berjanji akan memastikan kem itu diurus dengan sempurna oleh MPNT. WOSM merupakan sebuah badan bebas bukan berasaskan keuntungan serta pertubuhan bukan partisan.

Mengenai Ibu pejabat Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) yang dipindahkan dari Geneva, Switzerland ke Kuala Lumpur, Shafie berkata ia kini sudah siap dan dijangka dirasmikan 18 Jun ini.

Sehubungan itu, menyeru semua pemimpin dan anggota pengakap di negara ini agar menggunakan peluang yang ada untuk menaikkan imej Malaysia di mata dunia.

"Oleh kerana ibu pejabat WOSM sudah berpindah dari Geneva ke Kuala Lumpur, maka sudah pasti akan banyaklah aktiviti pengakap di peringkat antarabangsa akan diadakan di Kem Tengku Muhammad Ismail berkenaan.

"Pelbagai bengkel pengakap di peringkat dunia dan antarabangsa akan diadakan di sini kerana kem ini merupakan kem pengakap serba lengkap dan terbaik di Asia Tenggara," katanya.

Beliau berucap pada majlis penutup Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin semalam  yang turut dihadiri oleh Abdullah
 dan Ketua Pesuruhjaya MPNT Che Soh Muda.


No comments:

Post a Comment