Friday, November 20, 2015
Terengganu Raih Pelaburan Baharu China Bernilai RM1 Bilion
Terengganu berjaya menarik pelaburan baharu China bernilai lebih RM1 bilion tahun depan selain memeterai perjanjian persefahaman bagi projek panel tenaga solar dengan Korea Selatan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kejayaan itu hasil lawatan kerjanya selama 12 hari ke dua negara itu pada 5 Nov lepas.
Dalam kunjungan ke Shanghai, pihaknya menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Huaxi Group melibatkan pelaburan bagi pembangunan infrastruktur di Terengganu, tahun depan.
"Syarikat gergasi itu juga bersetuju memastikan sekurang-kurangnya 3,000 kakitangannya diberi insentif percutian di Terengganu setiap tahun bermula 2016. Ini sekaligus memacu sektor pelancongan negeri ini ke tahap lebih baik serta menjana pendapatan.
"Lebih membanggakan, Huaxi Group juga bersetuju menyediakan satu kawasan khas di penempatan Huaxi bagi pembinaan Rumah Terengganu dan kos pembinaan ditanggung mereka. Ia akan dijadikan pusat pameran mempromosikan produk dan tarikan negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2015, di Dataran Batu Buruk, di Kuala Terengganu, semalam.
Ahmad Razif berkata, rumah Terengganu itu dijadual siap tahun depan dan pihaknya kini dalam proses menyiapkan lakaran bangunan berkenaan.
"Apabila siap, kita akan membawa PESONA Terengganu dalam usaha meluaskan rangkaian perniagaan usahawan yang berpotensi ke wilayah itu," katanya.
Di Korea Selatan, beliau sempat mengunjungi Sungai Han bagi melihat keunikan konsep 'river life' yang boleh dicontohi Terengganu.
"Ada beberapa kawasan sungai yang sesuai terutamanya di Sungai Hiliran (Kuala Terengganu) dan kita akan cuba mendapatkan peruntukan Kerajaan Pusat," katanya.
Beliau berkata, ada syarikat Korea yang turut bersetuju melabur bagi pembinaan pusat penjanaan tenaga solar di atas air dan Kemaman dilihat lokasi paling sesuai bagi pelaksanaannya.
Bernama
Thursday, November 19, 2015
Daftar Segera Untuk Dapatkan Bantuan Awal Persekolahan Terengganu
Pelajar UPSR 2014 yang mendapat keputusan 5A dari DUN
Seberang Takir menerima insentif RM500 tahun lalu.
|
Ibu bapa murid yang akan
memasuki Tahun Satu atau yang meneruskan persekolahan di sekolah rendah tahun
depan diminta mendaftar segera bagi mendapatkan Bantuan Persekolahan Sesi 2016
dari kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri memperuntukan bantuan wang tunai RM100 bagi setiap anak yang bersekolah dengan had maksimum dua orang bagi setiap keluarga." katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Cek Anugerah berjumlah RM25,000 daripada UMNO DUN Jerteh kepada Sekolah Kebangsaan Tok Raja Jerteh yang muncul sebagai sekolah terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di daerah Besut, hari ini.
Menurut Muhammad Pehimi
tarikh tutup pendaftaran melalui dalam talian ialah pada 30 Nov manakala
melalui JKKK atau Pejabat Penyelaras DUN pula pada 7 Dis.
Sementara itu, Kerajaan negeri Terengganu akan
mengagihkan sebanyak RM1.3 juta kepada 2,558 murid yang cemerlang dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dalam satu majlis khas, Ahad ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata insentif khas itu adalah bagi menghargai usaha murid cemerlang itu agar mereka lebih bermotivasi dalam mengekalkan pencapaian akademik yang unggul pada masa akan datang.
"Kesemua mereka akan menerima RM500 yang diberi dalam bentuk Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) pada majlis yang akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak itu nanti.
Selain itu, sekolah cemerlang akan turut mendapat insentif khas untuk menghargai komitmen mereka selama ini," katanya namun enggan mendedahkan insentif yang bakal diterima sekolah cemerlang itu nanti.
Sejumlah 2,558 dari 20,121 calon UPSR di Terengganu berjaya meraih keputusan cemerlang 5A pada tahun ini iaitu pencapaian sebanyak 12.70 peratus dan ia meningkat berbanding 12.10 peratus pada tahun lepas.
Pencapaian UPSR pada tahun ini juga menunjukkan keputusan lebih baik berbanding tahun lepas dari segi kuantiti dan kualiti yang mana gred purata negeri pada tahun ini ialah 2.10 berbanding 2.15 pada tahun lepas.
"Ahmad Razif berkata kerajaan negeri sentiasa fokus terhadap aspek pendidikan anak Terengganu dan sanggup mengeluarkan peruntukan yang besar dalam memastikan murid Terengganu mendapat kemudahan terbaik dalam pembelajaran mereka," katanya.
Insentif khas RM500 dalam bentuk SSPN-I itu pertama kali diperkenalkan beliau ketika keputusan cemerlang diperoleh calon UPSR pada tahun 2014 dan insentif khas itu diteruskan pada tahun ini berikutan kecemerlangan diperoleh murid Tahun Enam 2015.

Monday, November 16, 2015
RM27.1 Bilion Pelaburan Terkini ECER Diluluskan Untuk Negeri Terengganu
Che Mohamad Zulkifly |
Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), jumlah pelaburan itu merangkumi sektor pembuatan (RM13.02 bilion), bioekonomi (RM6.39 bilion), pelancongan (RM3.65 bilion), minyak, gas dan petrokimia (RM2.3 bilion).
Hartanah (RM1.095 bilion), perkhidmatan (RM0.45 bilion), pendidikan (RM.19 bilion), pertanian (RM0.05 bilion), pembinaan (RM0.03 bilion) dan logistik (RM0.01 bilion).
"Pelaburan itu akan mewujudkan anggaran sebanyak 25,279 peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan," demikian menurut JPM dalam jawapan bertulis kepada Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) di Dewan Rakyat, hari ini.
Che Mohamad Zulkifly bertanya mengenai jumlah dan jenis pelaburan yang telah berjaya dibawa masuk ke Terengganu sejak ECER dilancarkan.
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan pada 2007 bagi menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah di Pantai Timur Semenanjung termasuk Terengganu melalui pelaksanaan projek dan program berdaya maju dan mampan.
Sebelum ini, Menteri
Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata negeri itu juga mendapat manfaat daripada ECER apabila Kelantan telah menarik
pelaburan swasta sebanyak RM12.2 bilion sejak 2007 hingga September tahun ini.
Ahmad berkata, ia merupakan 14.7 peratus daripada
pelaburan terkumpul ECER dan mewujudkan 12,555 peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan.
"Ia secara langsung membantu membangunkan tahap sosio ekonomi dan ekonomi modal di negeri ini, selaras dengan matlamat ekonomi berteraskan rakyat yang inklusif dan mampan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pengarah Urusan Mitra Food Industries Sdn Bhd, Roslaimi Arifin dengan Pengarah Zhuolon (Nanning Guangxi) Co Ltd, Xie Xiaoyu dari China di pejabat ECER Kelantan di Kota Bharu, 8 November lalu.

Ahmad berkata, antara pelaburan di Kelantan sejak 2007 sehingga kini melibatkan RM2.2 bilion bagi pembinaan kilang simen bersepadu di Gua Musang oleh ASN Cement Industries Sdn Bhd dan Biz Markz Cement Industries Sdn Bhd yang telah mewujudkan 515 peluang pekerjaan.
"Kelantan turut menerima komitmen pelaburan daripada Tok Bali Supply Base Sdn Bhd yang mengendalikan Pangakalan Bekalan Tok Bali dengan jumlah pelaburan RM200 juta dengan 350 peluang pekerjaan diwujudkan.
"Di samping itu, Permodalan Nasional Berhad turut melabur sebanyak RM125.46 juta untuk membina Hotel Perdana di sini," katanya.
Sementara itu, Jebasingam berkata, mana-mana pihak yang ingin melabur di bawah ECER perlu memenuhi dua syarat utama, iaitu pelaburan mestilah mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan melahirkan usahawan.
"Ia sekali gus mampu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat dan setakat ini, saya berpuas hati dengan kejayaan program yang kita lakukan dengan kerjasama baik daripada kerajaan negeri mahu pun pihak swasta," katanya.