Sunday, April 17, 2016

Jelajah Dr Zakir Naik - Terima Kasih Ahmad Razif


Dr Zakir Naik mencetuskan fenomena baharu dan impak hebat dalam kalangan masyarakat di Terengganu terhadap ceramah agama Islam dalam siri jelajah pendakwah antarabangsa itu.

Kita ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kerana usaha itu kerana jelajah Dr Zakir  di empat daerah selama enam hari di Terengganu meninggalkan kesan mendalam.

Dalam ceramah agamanya di negeri ini bukan sahaja lebih 100,000 membanjiri empat siri syarahan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Kemaman tetapi mendapat reaksi positif daripada semua pihak.

Kedatangan Dr Zakir ke negeri ini meninggalkan 1001 memori apabila seorang pelajar bukan Islam melafazkan syahadah pada siri terakhir di Kemaman.

Program anjuran kerajaan negeri itu buat julung kali menyaksikan masyarakat daripada aliran politik atau fahaman agama berbeza berhimpun untuk mendengar syarahan agama daripada pendakwah India berusia 50 tahun itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Mohamad Pehimi Yusof mengakui usaha kerajaan negeri menganjurkan siri jelajah itu memberi impak yang besar kepada masyarakat di negeri ini.

Baca seterusnya di sini.

No comments:

Post a Comment