Tuesday, April 19, 2016

Menghadapi PRU-14 - PAS Parti Tempelan Untuk Diketawakan?

"UMNO dan Barisan Nasional (BN) pastinya berterima kasih kepada PAS kerana pendirian Hadi ini. Setidak-tidaknya ini akan memberi masa dan ruang kepada UMNO untuk membersih dan memperkemaskan jenteranya berdepan PAS dan Pakatan Harapan dalam PRU-14 nanti."

PAS ternyata amat yakin akan dapat rampas Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Kerana itu ia tidak akan campur tangan dalam kemelut politik di Terengganu meskipun ditawar kedudukan Menteri Besar atau membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) negeri.

Penegasan itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu PAS berhati-hati. Dia tidak mahu PAS gopoh berhadapan isu politik di Terengganu.

Memetik laporan akhbar Harakah edisi 18 April hingga 21 April, ulama dari Pantai Timur itu berkata, PAS tidak mahu menumpang krisis dalaman yang berlaku dalam kalangan pemimpin UMNO di negeri itu.

Awal bulan ini, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan UMNO negeri itu kini berhadapan krisis kepemimpinan yang kritikal.

Beliau dipetik berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hanya menunggu masa untuk ‘diturunkan’ daripada kedudukan ketua Kerajaan Negeri Terengganu.

Baguslah kalau PAS setiap kali mahu tunggu pilihan raya.

Bekerja kuatlah dari sekarang dan berperanglah secara terbuka pada kempen PRU nanti.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) pastinya berterima kasih kepada PAS kerana pendirian Hadi ini. Setidak-tidaknya ini akan memberi masa dan ruang kepada UMNO untuk membersih dan memperkemaskan jenteranya berdepan PAS dan Pakatan Harapan dalam PRU-14 nanti.

Kalau PAS buat onar baru-baru ini, ramai yang tidak boleh nyenyak sama ada  malam atau siang.

Persoalannya, apakah PAS yakin dapat menumpaskan UMNO?

Isu kritikan PAS di Terengganu yang berjaja melalui ‘air liur’ tidak akan membawa makna kerana orang Terengganu sudah tahu sikap PAS, khususnya Hadi sendiri.

Dengan menganggap isu politik Terengganu lebih bersifat politik dalaman UMNO, yakni perebutan tokoh-tokoh UMNO untuk memegang kuasa pemerintahan yang tidak banyak berkait rapat dengan kepentingan rakyat, membuktikan Hadi tidak pandai menggunakan suasana dan peluang.

Sudah tahu ada kelebihan tetapi membiarkan peluang pergi begitu sahaja, bukan taktik yang bijak. Kata Hadi: “Biarpun PAS mendapat kelebihan, tetapi PAS tidak mahu menumpang krisis dalaman UMNO itu, sebaliknya mengarahkan jentera PAS bekerja untuk mendapat sokongan dan mandat rakyat yang lebih kuat melalui pilihan raya.”


Selain itu dengan mengatakan beliau tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama semula dengan DAP pada masa hadapan.

dengan boleh  dijalin semula antara parti Islam terbesar negara dengan parti sekular terbabit, bergantung kepada perubahan semasa, adalah sesuatu yang bergantung harap kepada suasana semata-mata.

Dengan mengatakan:“Perkembangan-perkembangan akan datang hal tersebut adalah tidak mustahil kerana perubahan sentiasa berlaku. Contohnya, hari ini DAP tidak menerima hudud, namun di masa depan mungkin menerimanya,” bagaikan satu kenyataan menyedapkan hati sendiri tetapi tidak ada apa-apa dipihak DAP.

Lagipun, DAP sudah seia sekata dengan Pakatan Harapan – PKR, DAP dan Amanah – DAP tidak bodoh dan tolol dalam permainan politiknya.

Percayalah, PAS akan ketinggalan dan dengan menggunakan isu tempatan semata-mata PAS Terengganu tidak akan ke mana-mana.

Jika menggunakan isu persekutuan seperti isu Perdana Menteri, !MDB dan sebagainya, PAS Terengganu akan terperangkap dan memalukan diri sendiri sahaja kerana Hadi tidak mahu isu-isu berkenaan digunakan untuk menyerang BN.

Umum semua tahu Hadi tidak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dijatuhkan melalui cara lain, selain pilihan raya. Jadi ‘point’ apa mahu mengkritik kepimpinan UMNO dan BN?

Apakah Hadi akan mengubah pendirian untuk menang dalam PRU-14 nanti?

Jika Hadi berubah, PAS akan dilihat parti tiada ‘tulang belakang’ dan tidak berpendirian. Parti Islam yang ‘klu-klek’ berjuang bukan untuk menjadi parti dominan untuk orang Islam tetapi parti tempelan untuk diketawakan!


Sumber – Sinar Harian & Harakah

No comments:

Post a Comment