Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan
empat bekas pemain bola sepak skuad Piala Presiden Terengganu kerana memberi
keterangan bercanggah di mahkamah hari ini.
Mereka yang terdiri daripada pemain skuad Piala Presiden
Terengganu pada tahun 2010 itu ditahan berikutan keterangan bercanggah dengan
yang telah direkodkan dua tahun lalu.
Menurut sumber, kesemua mereka yang berusia 20-an ditahan
di pejabat SPRM Terengganu kira-kira pukul 2.30 petang ini (Rabu).
"Kesemua bekas pemain dari sebuah pasukan di Pantai
Timur itu pernah menjadi saksi berkaitan kes melibatkan bookie yang mengatur
perlawanan.
"Mereka dijangka didakwa di mahkamah pada Khamis
mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009," jelasnya.
Pengarah SPRM Terengganu, P. Ganason mengesahkan penahan
tersebut.
No comments:
Post a Comment