Bulan mencandat sotong Terengganu 2016 kembali lagi dan di
lancarkan secara rasmi semalam di D’ Benteng Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala
Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri
Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee melancarkan promosi mencadat sotong kali
ini di jeti TTI pada jam enam petang.
Ia membabitkan penyertaan seramai 30 wartawan dan blogger
dari dalam dan luar negeri.
“Program ini memberi makluman kepada orang ramai mengenai
musim mencandat di negeri ini iaitu bagi bulan April hingga Jun setiap tahun.
“Ia sebagai kesinambungan momentum promosi yang telah
dibuat pada tahun sebelum ini bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Terengganu
dengan merasai sendiri keseronokan mencandat
sotong,” katanya.
Mohd Jidin berkata kerajaan turut mengadakan kerjasama
dengan Persatuan Pengusaha Agensi Kembara dan Agensi Pelancongan Malaysia
(MATTA), Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia
(MBHA) bagi memajukan industri pelancongan Terengganu.
“Dengan kerjasama ini kita mampu menawarkan pakej
mencadat yang inovatif, kreatif dan ‘value for money’ kepada pengunjung
domestik dan antarabangsa.
“Diharapkan kempen ini dapat mempromosikan Tahun Melawat
Terengganu 2017 serta bertepatan dengan salah satu daripada prinsip iaitu membantu meningkatkan
kesejahteraan rakyat melalui penjanaan pendapatan dalam industri pelancongan”
ujarnya.
Keunikkan program mencadat sotong yang diperkenalkan
kerajaan negeri Terengganu sejak 2014 itu membawa impak positif.
Pengurus Promosi Pelancongan Terengganu, Ahmad Fathil Abd
Ghani, berkata pada 10 Mei lalu, pelancaran itu adalah platform mempromosikan
kempen Tahun Melawat Terengganu 2017, bakal memberi makluman kepada orang ramai
bermulanya musim mencandat sotong dari April hingga Jun setiap tahun.
“Program ini juga impak atau kesinambungan daripada
promosi yang dibuat pada tahun-tahun sebelum ini bagi menarik lebih ramai
pengunjung ke Terengganu supaya merasai sendiri keseronokan aktiviti itu di
samping berpeluang melawat destinasi lain.
“Aktiviti riadah yang bersesuaian dengan semua peringkat
usia serta memartabatkan aktiviti warisan berzaman masyarakat nelayan yang
sinonim dengan kegiatan di pesisir pantai, selain memperkenalkan destinasi
pesisir air di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Fathil berkata, pelancaran itu juga antara lain
untuk memperkenalkan satu lagi tarikan pelancongan yang unik dan menarik
melibatkan kluster pulau dan pantai yang kaya dengan keindahan pantai, air yang
bersih dan jernih serta kepelbagaian hidupan marin dan terumbu karang.
Tambah beliau, ia juga sebagai memartabatkan aktiviti
berkenaan sebagai satu ikon pelancongan negeri serta simbolik pemberitahuan
bermulanya bulan mencandat sotong selepas redanya musim tengkujuh di
Terengganu.
Menurut Ahmad Fathil, pesta candat sotong adalah di
kawasan perairan Pulau kapas serta Pulau Gemia, Marang.
Gambar - Teganukita & Terengganu Today
No comments:
Post a Comment