Pelik bin aneh. Tiada ribu dan tiada hujan, kecuali
mendung, tiba-tiba PAS bercakap mengenai pilihan raya negeri Terengganu.
Apa ke benda ni?
Meroyan atau sudah
tidak sabar untuk berkuasa?
Sebelum ini PAS juga yang kata mahu tunggu habis penggal
(sehingga pilihan raya umum akan datang) baru PAS mahu tentukan sama ada akan
mengambil bahagian untuk menukar kerajaan negeri Terengganu atau sebaliknya.
Namun tup-tup kelmarin, PAS berkata akan ada pilihan raya
negeri Terengganu dalam masa terdekat.
Menurut Ketua Penyelidik, Pusat Penyelidikan PAS Pusat DrFadhli Ghani, berdasarkan situasi politik yang berlaku sekarang, Terengganu
dijangka mengadakan pilihanraya peringkat negeri selepas hari raya Aidilfitri
atau Hari Raya Puasa.
Kemungkinan itu adalah berdasarkan keadaan politik negeri
yang dilihat tidak menentu.
Beliau menjangka, akan berlaku sekali lagi usul undi
tidak percaya terhadap Menteri Besar pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
akan datang.
(Untuk rekod, sidang DUN akan datang akan diadakan pada
Ogos selama sehari dan pada Disember untuk pembentangan Bajet 2017).
“Terengganu lagi berat………akhir sekali semua kata nasib
kerajaan Terengganu ni di tangan PAS . Razif (Haji Ahmad Razif Abdul Rahman) tahu
dia jd Menteri Besar tapi tak boleh (teruskan) sidang DUN kali ini,
“kalau (mungkin) sidang kena usul tidak percaya
pulak…kalau ikut maklumat Terengganu ni akan bubar DUN lepas raya ataupun Najib
cepat-cepat bubar Parlimen sekali,”ujarnya.
Siapa mahu bubarkannya? Menteri Besar akan menghadap
Sultan Terengganu untuk dapatkan perkenan. untuk apa?
Dr Fadhli mengemukakan pendapatnya di hadapan lebih 200
orang di program Liqa’ al-Fikri Khas di Batu Rakit, pada Selasa, 10 Mei.
Katanya, suasana politik sekarang lebih tertumpu kepada
PAS untuk ‘satu kerjasama’ setelah keputusan PRN Sarawak yang gagal menambat
hati rakyat, dengan kehilangan deposit dan kerusi dari DAP dan PKR.
Mengungkap teori Ibnu Khaldun, beliau berkata, sesuatu
kerajaan hanya boleh bertahan selama 70 tahun sahaja.
“dan Umno (yang menjadi tulang belakang) Barisan
Nasional, sekarang yang menyambut ulang tahunnya (Ke-70) sedang berada di
ambang kejatuhan,
“dan janji nabi bahawa islam akan memerintah setelah 100
tahun kejatuhan khalifah Islam sudah semakin dekat,”jelasnya.
Katanya, pada tahun 1919 besamaan 1337 Hijrah,
berakhirlah pemerintahan khalifah Islam apabila jawatan khalifah di lucutkan
dan di ganti dengan gelaran sultan seterusnya melenyapkan terus Khilafah
Othmaniyah pada tahun 1924.
“hari ini kita berada pada tahun 1437 H, ini bermakna
kita sudah masuk ke 100 tahun tanpa adanya pemerintahan islam dan kemenangan
sudah semakin hampir,”tambahnya.
Apakah PAS kini sedang berkhayal atau meroyan gara-gara
kenyataan Presidennya sendiri yang tidak mahu merampas kuasa melalui pintu belakang.
Namun hakikatnya, di kalangan pemimpin biasa PAS, mereka
mahukan kuasa segera dan pilihan raya negeri adalah jalan terbaik.
Namun persoalannya, apakah Putrajaya, Istana Terengganu
dan pemimpin UMNO Terengganu bersedia
untuk melaksana dan menghadapinya?
No comments:
Post a Comment