"Sultan Mizan sudah memberi satu petunjuk yang jelas bahawa beliau tidak mahu Ahmad Razif terus menjadi Menteri Besar Terengganu, bertepatan dengan Fasal 30 Undang-undang Tubuh Negeri."
- Datuk Seri Ahmad Said
Kenyataan bekas Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk
Seri Ahmad Said yang meminta Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif
Abdul Rahman meletak jawatan Menteri Besar yang diviralkan semalam pastinya
akan memanaskan semula suasana politik Terengganu yang sejak sejak dua minggu
lalu.
Permintaan (bagi saya desakan) supaya Ahmad Razif dengan
cara terhormat berbuat demikian adalah setelah Sultan Terengganu, Sultan Mizan
Zainal Abidin menarik balik pingat kebesaran yang telah dikurniakan oleh Tuanku
pada 22 April 2016.
Menariknya Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal itu membuat
permintaan berlandaskan tiga perkara yang dikaitkan dengan tindakan Istana
Terengganu menarik darjah kebesaran yang telah diwartakan.
Menurut Ahmad Said, tiga perkara tersebut adalah:
i) jika orang itu telah disabitkan atas satu kesalahan
yang melibatkan tipuan;
ii) jika orang itu dilucutkan kewargaannya; dan
iii) jika Duli Yang Maha Mulia berpuashati dengan
kelakuan atau watak orang itu bahawa orang itu tidak lagi patut dikurniakan
darjah atau kebesaran tersebut atau tidak patut di anugerahkan bintang atau
pingat penghormatan atau kebesaran tersebut.
Bagi Ahmad Said melalui kenyataannya: "Amat
jelas kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Razif amat besar dan telah dinilai
dengan teliti oleh DYMM Sultan Terengganu sehingga penarikan itu diwawarkan
secara umum."
Dengan kata lain, Sultan
Mizan sudah memberi satu petunjuk yang jelas bahawa beliau tidak mahu Ahmad
Razif terus menjadi Menteri Besar Terengganu, bertepatan dengan Fasal 30
Undang-undang Tubuh Negeri.
Kali ini nampaknya bekas Menteri Besar Terengganu ini
menggunakan perkara berkaitan dengan Fasal 30 Undang-Undang Negeri dalam
desakannya dan pastinya memerlukan jawapan artau pencerahan daripada Pejabat Menteri
Besar atau juga Penasihat Undang-Undang Negeri mentafsirnya.
Selain itu, jika TIDAK
BENAR apa yang dikatakan oleh Ahmad Said ini, sewajarnya Istana Terengganu
menjawab atau memberi pencerahan agar suasana yang ditimbulkan oleh Ahmad Said
ini tidak terus ‘menganggu-gugat’ Ahmad Razif melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
Malah ADUN Kijal itu turut membidas Perdana Menteri apabila mengatakan ‘sepatunya (beliau
- PM) faham maksud tindakan Tuanku Al-Sultan menarik balik darjah kebesaran
daripada Ahmad Razif.
Dengan kata lain, Perdana Menteri sewajarnya mengemukakan
nama calon-calon penganti untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Terengganu.
"Saya
berpendapat kini sudah tiba masa bagi YAB Perdana Menteri mencadangkan nama
calon-calon penganti Ahmad Razif dan terserah kepada DYMM Sultan Terengganu
untuk memberi perkenan,"katanya dalam kenyataan itu."
Keputusan ini, katanya, perlu dibuat segera kerana
perjalanan pentadbiran negeri Terengganu kini lesu akibat krisis antara pihak
Istana dan Menteri Besar dan lebih malang lagi rakyat yang tidak berdosa dan
sedang dihimpit kemelesetan ekonomi menjadi mangsa kemelut ini.
Istana Terengganu sebelum ini telah menarik semua darjah
kebesaran yang dikurniakan kepada Razif.
Ahmad Said pula pada sidang Dewan Undangan Negeri yang
lalu telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Ahmad Razif namun usul
itu ditolak oleh Speaker DUN.
Sumber yang rapat dengan politik Terengganu pula
memaklumkan, Ahmad Said mempunyai sekurang-kurangnya dua penyokong kepada usul
beliau itu, satu angka yang cukup untuk menyebabkan Ahmad Razif adalah ketua kepada
kerajaan minoriti.
BN mempunyai 17 Adun dalam DUN Terengganu manakala PAS 14
dan PKR (1). Jika Ahmad ada tiga Adun bermakna, BN tingga 14 Adun sahaja
berbanding PAS + PKR + Bebas 18 Adun.
Namun begitu PAS tidak menyokong usaha untuk menjatuhkan
kerajaan negeri BN itu.
Kita berharap ada 'pencerahan' segera apa yang dibangkitkan oleh Ahmad Said ini agar ahli UMNO, Barisan Nasional (BN) dan rakyat Terengganu tidak terus berteka teki dan mencari jawapan dalam keadaan yang meraba.
No comments:
Post a Comment