Terkejut mendengar berita bahawa sudah mula wujud
perjudian dalam talian di Terengganu.
Lebih mengejutkan lagi ia disediakan di sebuah Kafe Siber
di Besut.
Amat malang kerana kegiatan iu ‘diimport’ dari negeri
lain dan budaya tidak sihat itu cuba disebarkan di Terengganu, khususnya di
Besut.
Kita ucapkan tahniah kepada Polis Terengganu kerana cepat
mengesan kegiatan berkenaan.
Budaya berjudi di talian jika
dibiarkan akan mencetuskan amalan dan gejala yang buruk di kalangan remaja.
Kelmarin, Polis Terengganu berjaya melumpuhkan kegiatan
perjudian dalam talian yang dipercayai baru bertapak dengan penahanan empat
lelaki di sebuah Kafe Siber di Besut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata dalam serbuan pada kira-kira 12.35 malam itu, polis memberkas seorang pelanggan yang sedang leka melakukan pertaruhan dan pemilik Kafe Siber yang berasal dari Kluang, Johor.
Beliau berkata polis turut menahan rakan kepada pelanggan berkenaan dan juruwang serta merampas peralatan perjudian seperti komputer riba, monitor, modem dan telefon bimbit.
Polis turut menemukan buku catatan yang tercatat pertaruhan perjudian serta helaian resit deposit bank berjumlah RM7,000 dan RM1,270 dan wang tunai RM824 dipercayai hasil perjudian, katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, kelmarin.
Beliau berkata kesemua yang ditahan berumur 21 hingga 41
tahun itu direman semalam untuk siasatan.
Kita berharap kegiatan ini turut dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana suruhanjaya itu kini bersama Jawatankuasa Bertindak Perangi Mesin Judi Slot telah merangka perancangan rapi dalam usaha membanteras aktiviti perjudian dalam talian yang semakin berleluasa di negara ini.
Kita berharap kegiatan ini turut dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana suruhanjaya itu kini bersama Jawatankuasa Bertindak Perangi Mesin Judi Slot telah merangka perancangan rapi dalam usaha membanteras aktiviti perjudian dalam talian yang semakin berleluasa di negara ini.
Jawatankuasa itu telah mengadakan pertemuan dengan
pegawai SKMM Februari lalu bagi mendapatkan penjelasan dan langkah yang bakal
diambil bagi menyekat aktiviti menyalahi undang-undang tersebut.
“SKMM telah meletakkan beberapa syarat tegas kepada semua
syarikat telekomunikasi (telco) bagi mengelakkan pengguna daripada terus
diganggu oleh khidmat pesanan ringkas (SMS) judi dalam talian.
“Selain itu, kami akan bekerjasama dengan SKMM mengadakan
kempen bersepadu bagi memberi kesedaran kepada pengguna mengenai implikasi
negatif perjudian dan kepentingan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti
tersebut di tempat tinggal mereka,” kata jurucakapnya baru-baru inii.
Kita juga berharap Polis Terengganu dan SKMM dapat
mengesan taktik sindiket perjudian haram yang kini menggunakan SMS sebagai
modus operandi dalam mempromosikan laman web perjudian dalam talian.
Taktik terbaharu itu membolehkan kaki judi menggunakan
gajet seperti telefon bimbit, peranti tab termasuk komputer peribadi melalui
pautan laman sesawang yang dikirimkan melalui SMS tanpa perlu berkunjung ke
premis perjudian.
SKMM hendaklah segera melancarkan talian aduan khas bagi
memudahkan orang ramai melaporkan setiap kegiatan perjudian serta membantu
suruhanjaya itu mengambil tindakan segera.
Pihak berkuasa tempatan (PBT)yang bertanggungjawab
meluluskan lesen premis perniagaan juga perlu memastikan Siber Kafe dan premis
tertentu bebas daripada kegiatan seperti ini.
No comments:
Post a Comment