PAS Terengganu tidak usah berangan-angan untuk ambil kesempatan untuk kacau 'Cik gu Razif'.
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu teguh. Begitu juga dengan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.
Tidak ada gunanya mengambil kesempatan di atas isu penolakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi jawatan Timbalan EXCO Perumahan dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan untuk menggugat UMNO Terengganu.
Ia tidak akan terjejas apa-apa kepada UMNO Terengganu.
Sokongan kepada Ahmad Razif Abdul Rahman tetap padu, masih seperti selepas bekas Menteri Besar itu mengemukakan usul tidak percaya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu.
BuletinOnline 2 Julai 2016 |
Sungguh menghairankan apabila media rasmi PAS, BuletinOnline begitu
berminat dengan isu penolakan EXCO oleh Ahmad Said itu.
Apakah PAS Terengganu mahu tumpeng semangkuk dengan isu ini dengan harapan dapat
mendedahkan ‘kononnya ada pertelingkahan’ di kalangan pemimpin UMNO di negeri
ini?
PAS Terengganu mahu menangguk di air keruh?
Untuk menang pilihan raya, PAS Terengganu terpaksa
menggunakan ‘masalah rumah tangga orang lain’ untuk kepentingan peribadi
mereka.
Betapa buruknya perangai PAS Terengganu dan strategi ini
jelas menggambarkan mereka sedang kehabisan isu dan terpaksa ‘selak kain’ orang
untuk mencari rahsia.
Gembira sangatlah pemimpin PAS dengan isu ini, malah
dengan menjadikan antara laporan penting BuletinOnline, ia memaparkan wajah
sebenar PAS Terengganu.
Pada ketika kononnya tidak mahu mengambil kesempatan
daripada pertelingkahan yang berlaku dalam UMNO tetapi akan mengalahkan Barisan
Nasional melalui pilihan raya, mereka sebenarkan ‘pelahap untuk kuasa’ dan
sanggup menghalalkan apa sahaja cara asalkan mendapat pengaruh dan sokongan.
Buletin Online 25 Julai lalu memetik kenyataan Ahmad Said pada sidang
media sempena majlis Raya PERKASA di Taman Melati baru-baru ini yang menyifatkan
jawatan Timbalan EXCO yang ditawarkan kepadanya oleh Menteri Besar, Ahmad Razif
Abdul Rahman adalah sesuatu ‘penghinaan yang memalukan’.
“Cuba bayangkan
sendiri…………saya telah menjadi Menteri Besar dan kini saya dilantik sebagai
timbalan Exco. Adakah kamu akan menerima sesuatu yang lebih rendah? Ia memalukan
dan menghina, “petik Buletin Online tanpa menyebut daripada portal berita mana.
Memetik tetapi menutup sumber berita adalah perbuatan
tidak bertanggungjawab, walaupun apa yang dikatakan ADUN Kijal itu benar.
Sementara itu, seorang pemimpin BN Terengganu yang
dipetik oleh FMT mempertahankan bekas Menteri Besar itu susulan penolakan
tawaran jawatan timbalan exco, kerana tawaran itu seperti satu penghinaan
buatnya.
Beliau yang enggan dikenali berkata, Ahmad Said
sepatutnya diberi jawatan lebih tinggi memandangkan beliau mempunyai kerahsiaan
kerajaan negeri dan banyak berjasa kepada rakyat Terengganu.
Katanya, tindakan menawarkan jawatan timbalan EXCO kepada
Ahmad Said seolah-olah Ahmad Razif tidak menghormatinya sebagai ketua kerajaan
sebelum ini.
“Mat Said sebagai bekas menteri besar yang mempunyai
banyak rahsia kerajaan, beliau sepatutnya perlu diberi mandat yang setara
sekali gus tanda hormat kepadanya sebagai bekas menteri besar dan exco sebelum
ini.
“Malah Mat Said juga mempunyai pengaruh yang kuat kerana
rakyat di bawah suka dengan kepimpinannya, beliau juga tidak terlalu protokol
bila bersama rakyat.
“Pemuda, Puteri, Wanita sayangkan dia, oleh itu kerajaan
negeri seharusnya menjaga hubungan dengan Mat Said,” katanya kepada FMT.
Ahmad Said berkata, buat masa ini beliau masih ahli UMNO dan wakil rakyat Barisan Nasional ....jika
saya tidak dipecat. Jika saya lakukan sesuatu yang parti (UMNO) merasakan saya
telah melanggar peraturan, sila pecat saya, “katanya.
Ahmad Said yang terpaksa meletak jawatan sebagai menteri
besar dua tahun lalu, dilantik sebagai Ketua PERKASA Terengganu baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment