Monday, July 25, 2016

Mustapa Ali Kena Injuksi – ‘Bagaimana Orang Terengganu Boleh Miliki Tanah Di Kelantan’?


Belum pernah berlaku dalam UMNO. Ketua Bahagian saman Ahli Majlis Tertinggi kerana isu tanah.

Tetapi PAS yang mendakwa ia parti Islam, bukan sahaja semakin terserlah sifat sesetengah pemimpin mereka yang rakus, malah tindakan mereka semakin dapat dipersoalkan apabila berkaitan dengan harta dan kekayaan.

Kes mahkamah membabitkan pemimpin PAS apabila  seorang Yang diPertua Kawasan memfailkan injuksi terhadap seorang bekas Bendahari PAS dan seorang lagi bekas Setiausaha Agung PAS Malaysia,  memalukan parti berkenaan.

Nampak sangat apabila dalam isu ‘masyuk’ dan harta, ia tidak terbatas kepada sesiapa.

Pada 13 Julai lalu, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun memfailkan saman injunksi kepada syarikat Gelari Tani Sdn Bhd (356554-U), milik pemimpin PAS, berkaitan pemilikan sebidang tanah di Rantau Panjang.

Antara pemilik Galeri Tani ialah bekas bendahari PAS Pusat yang juga bekas Timbalan Menteri besar Kelantan.  Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Orang ramai tertanya-tanya kenapa Abdul Fatah secara tiba-tiba  mengemukakan injuksi berkenaan. Memanglah isu ini menjadi tanda tanya kenapa pemimpin PAS boleh saman pemimpin PAS sendiri dan mereka yang lebih berpengaruh dadripadanya..

Abdul Fatah...kemuka injuksi
Perkara ini dimaklumkan oleh bekas naib presiden PAS yang dipecat, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataannya pada hari tersebut.

Kata Husam,  beliau tidak ‘berapa arif’  bagaimana dua orang kuat PAS itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yang keluasannya masih ratusan ekar.

Dalam kenyataanya, Husam berkata, tanah itu milik peribadi dan bukan milik PAS.

Tanya Husam, bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan? Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?.

"Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik  parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?" soal beliau.

Apa menjadi persoalan selain disebut Husam ialah  kenapa soal tanah dan projek itu sampai di minta dihentikan?

Injuksi membayangkan ada yang tidak kena dan ‘penuh rahsia’ di sebalik kes mahkamah ini. Kenapa sampai ke Mahkamah Tinggi? Apakah kes ini sudah disebit di mahkamah lain sebelum di Mahkamah Tinggi?

Kenapa tiada penyelesaian melalui mesyuarat atau PAS Kelantan menguruskan kes ini sebagai ‘adik-abang atau saudara sesama Islam?’

Pastilah menarik dan memelikkan, kenapa Abdul Fatah yang juga orang PAS menyaman orang PAS.

Apakah kes membabitkan injuksi itu merupakan kes peribadi?

Galari Tani SB sebuah syarikat berasaskan kepada pelaburan harta tanah dan pemaju ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, yakni selepas lima tahun PAS berjaya memerintah Kelantan. (PAS berjaya menumbangkan BN dan mula memerintah Kelantan pada tahun 1990.)  Ketika itu  Abdul Halim adalah TMB I, Kelantan manakala Abdul Fatah sebagai Ketua Penerangan Pas Kelantan.

Injuksi itu difahamkan berhubung pertikaian sebidang tanah berkeluasan 200 ekar. Seperti mana disebut Husam, injuksi itu mengenai tanah milik peribadi dan tidak ada kena mengena dengan PAS.

Menurut sebuah blog, jika semata-mata milik peribadi, macam mana Abdul Fatah boleh campur tangan? Apakah lokas standi (hak) yang ada kepada beliau? Ini yang menjadi misteri dan tanda tanya. “Apakah hanah itu bertindeh hak milik antara individu dengan parti?” tanya blog berkenaan.

Sementara itu apa yang dipastikan kedudukan tanah menjadi rebutan itu ialah di pinggir Lebuh Raya Pasir  Mas - Rantau Panjang, berdekatan dengan Kolej Komuniti dan bertentangan dengan padang ragut yang terletak di sebelah kanan menghala ke Rantau Panjang. Menurut harga pasaran semasa tanah itu bernilai antara RM100,000 hingga RM130,000 seekar.

Apa yang tidak difahami ialah tanah sedang dibangunkan untuk rakyat seperti pembinaan rumah mampu milik dan sebagainya. Namun dengan permohonan injuksi, mungkin ia ditangguh sehingga dapat  penyelesaian di mahkamah.

Pemimpin PAS Kelantan berusaha menyoroknya daripada umum, khasnya rakyat Kelantan.

Selain ia menjadi misteri, keterlibatan pemimpin utama PAS – kawasan dan Pusat – membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa orang parti agama yang selama ini dianggap ikhlas, jujur dan mencari keredhaan Allah dalam perjuangan demi rakyat, adalah sebaliknya.

Akibat daripada permohonan in juksi itu, Husam berkata, beliau tidak tahu, apakah PAS juga akan memecat Abdul Fatah kerana mendakwa orang kuat PAS ini.

Husam berada di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada hari berkenaan bagi menyambung keterangan sebagai saksi dalam kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.

"Kerana memberi keterangan di mahkamah ini sebelum ini, saya dituduh memberikan keterangan  secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya," katanya.

Fakta tambahan (menurut laporan sebuah blog):

Daripada  cabutan di SSM, syarikat Gelari Tani Sdn Bhd ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, menyebut bidang perniagaanya sebagai Property Investment dan Developer, ia dimiliki oleh tiga pemimpin PAS, Abdul Halim Abdul Rahaman, bekas TMB Kelantan yang juga Adun Kijang, (memegang sebanyak 330,000 unit saham, Mustapa Ali, bekas Setiasuasa Agung Pas kini Pengarah Pilihan Raya mememag (170,000 unit saham), manakala seorang lagi Wan Othman Wan Yusuf berserta enam orang perempuan yang semua berbinti Wan Othman. Mereka dipercayai anak-anak kepada Wan Yusuf.

Wan Othman memegang saham sebanyak 50,000 unit manakala perempuan yang berbintinya masing-masing 75,000 unit.

Wan Othman merupakan bekas ADUN Tendong dan juga bekas Bendahari PAS Kelantan. Beliau telah meninggal dunia beberapa tahun lepas.


No comments:

Post a Comment