Ini ulasan Datuk Wan Ahmad Farid, Pesuruhjaya Kehakiman
Shah Alam, bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengenai masalah bekalan
air di musim perayaan Aidilfitri ini di Kuala Terengganu dan ‘kawasan yang senasib
dengannya’.
Tidak perlu ulas, yang merasai atau menanggung beban
ketiadaan air akan lebih merasakannya ibarat kata pepatah, ‘berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul’.
Isu bekalan air yang terputus pada hari perayaan Aidilfitri
kali ini untuk penduduk Terengganu yang terbabit ‘menyedih’ dan ‘mengguris hati
pengguna’.
Sesiapa pun, pada suasana hari sepatutnya begitu gembira,
berubah menjadi suatu keadaan yang tidak dapat dibayang, pastinya akan merasa
kecewa.
Lebih-lebih lagi apabila sanak-saudara dan kaum
keluarga datang bertandan untuk
sama-sama ‘berhari raya’, terpaksa tuan rumah meminta maaf ‘rumah tiada air’.
Laporan Bernama semalam menyebut, lebih 500,000 pengguna di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang mengalami gangguan bekalan air bermula malam semalam berikutan masalah teknikal.
Setengah juta rakyat tu...hampir 40 peratus penduduk dan yang berada di Terengganu pada musim Aidilfitri kali ini..
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Ir Atemin Sulong berkata hampir 80 peratus penduduk terutamanya di bandar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan mengalami gangguan ini manakala 30 peratus lagi di daerah Marang.
Katanya gangguan itu dipercayai berpunca selepas suis utama loji Air Kepong meletup dan terbakar akibat dipanah petir, petang Jumaat lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Ir Atemin Sulong berkata hampir 80 peratus penduduk terutamanya di bandar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan mengalami gangguan ini manakala 30 peratus lagi di daerah Marang.
Katanya gangguan itu dipercayai berpunca selepas suis utama loji Air Kepong meletup dan terbakar akibat dipanah petir, petang Jumaat lalu.
Tiada air bermakna apa? Tidak boleh memasak semata-mata?
Bagaimana dengan untuk tujuan lain seperti mandi-manda, membasuh dan mengambil
wuduk?
Itu belum lagi yang asyik terkucil...
Sangat terkesan dengan satu pesanan melalui WhatsApp
daripada seseorang yang memang penyokong Barisan Nasional (BN) ‘totok’ yang
berbunyi, “Kerajaan
negeri dibawah kepimpinan Ahmad Razif semakin bercelaru..belum pernah berlaku
dlm sejarah bekalan air terputus di musim perayaan...alasan ramai rakyat cuti
dan banyak guna air...”
Kemarahan pengguna dilepaskan melalui Facebook SATU
antaranya menyebut:
Pada 3 Julai lalu, Ir Atemin Sulong sudah memaklumkan
(melalui teganukita) sebanyak 58,000 rumah di Kuala Terengganu dan Marang
dijangka akan mengalami gangguan bekalan air pada musim Aidilfitri ini.
Alasan ialah gangguan itu berikutan penggunaan air yang melebihi
dari tahap kebiasaan disebabkan jumlah pengguna yang pulang berhari raya
di kampung yang meningkat.
Menurut kenyataan itu, kawasan akan mengalami tekanan
rendah di waktu puncak iaitu pada jam 5 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga
8 malam.
“Malah sebahagian kawasan akan tiada bekaan air di waktu
berkenan. Selain itu, kualiti air juga akan terjejas menjadi keruh dan
kekuningan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.
Sebanyak 47 kampung terlibat di Kuala Terengganu
seperti Kampung Paloh, Durian Burung, Pulau Rusa, Kuala Bekah,
Wakaf Che Kapor, Pulau Musang, Sungai Rengas, Kubang Tangga, Kubang Parit,
Simpang Empat Pulau Musang, keseluruhan Losong, Kubang Buyung, Pulau Kambing,
Jalan Hiliran, Hiliran Jejawi, Chabang Tiga, Seberang Baruh, Seri Nilam, Bukit
Kecil, Gong Kapas, Pasir Panjang, Bukit Besar, Pengadang Baru, Seberang Baruh
dan Pasaraya Giant.
Kampung lain terbabit ialah Wakaf Beruas, Wakaf Mempelam, Tok Jamal,
Seberang Takir, Pulau Duyong, Pulau Ketam, Bukit Tunggal, Bukit Datu, Serdang,
Pengkalan Arang, Pak Katak, Bukit Tumbuh, Taman Semarak, Gong Kijang, Jalan
Semarak, Banggol Pauh, Bukit Tok Beng, Duyong, Hulu Takir, Permint Perdana
Seberang Takir, Telaga Daing dan Teluk Ketapang.
Di Marang, empat kampung yang terlibat masing-masing
Tetambak Baru dan Jalan Tanggol di Wakaf Tapai, Tanah Lot SPKSA (Belakang Bomba
Wakaf Tapai) dan Pengkalan Berangan.
SATU dikatakan akan melakukan penghantaran air
menggunakan lori tangki ke kawasan kritikal.
Beliau menasihatkan pengguna supaya berjimat cermat
dalam penggunaan air dan segera membuat laporan jika menemui sebarang kebocoran
serta menyimpan air secukupnya bagi menampung penggunaan di waktu puncak
dan dalam tempoh catuan serta untuk persiapan hari raya nanti.
Turut diumumkan ialah Careline SATU 1-300-882-1111.
Ini bermakna SATU sudah menjangka dan mengetahui akan berlaku masalah
bekalan air kerana sebab-sebab penggunaan melebihi tahap kebiasaan.
Kemudian semalam, menambah lagi puncanya iaitu masalah
teknikal akibat suis utama loji Air Kepong meletup dan terbakar akibat dipanah
petir, petang Jumaat lalu.
Apakah ini bermakna bahawa SATU seperti 'tangan yang diikat' tidak mampu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan?
Cuma yang menghairankan ialah pemimpin UMNO, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin tempatan serta pemimpin PAS hanya mendiamkan diri, seolah-olah ini suatu takdir, bukan kerana faktor manusia.
Harapkan pemimpin PAS Terengganu? Mereka agaknya mereka masih ‘mabuk dengan
isu RUU 335’.
Seperti dilaporkan oleh teganukini, kalau di Kedah, keadaan yang berlaku di Terengganu ini mungkin mengundang memorandum dan petisen akibat krisis air sebegini. Tetapi amat nyata, orang
Terengganu memang baik-baik belaka.
Semalam, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah, Nurul
Amin Hamid (kiri) dilaporkan melancarkan mobilisasi petisyen online dalam usaha mengumpul sokongan rakyat selain menyuarakan
hasrat rakyat berhubung krisis air di Kedah yang dikatakan meruncing sepanjang
musim perayaan.
Ia berjaya mendapatkan 314 tandatangan setakat 3.40
petang hari ini. Pemuda PAS Kedah turut melancarkan memorandum
tuntutan rakyat berkaitan isu bekalan dan kualiti air yang berulang saban tahun
sehingga menyukarkan penduduk.
“Reaksi kerajaan negeri setiap kali masalah ini berlaku
ibarat melepas batuk di tangga, pelbagai alasan diberikan selain menuding jari
kepada agensi berkaitan untuk meredakan kemarahan rakyat, namun gagal menambah
baik pengurusan dan sistem bekalan air,” katanya.
Menurutnya, kekecewaan rakyat Kedah tidak dapat dibendung
lagi terutama ketika sambutan Aidilfitri yang diraikan dengan penuh kesulitan
berdepan masalah itu.
“Satu memorandum menuntut lima perkara yang turut
disertakan pada petisyen itu meminta, kerajaan negeri bertanggung jawab atas
kesusahan rakyat ketika Aidilfitri selain menggesa elaun Menteri Besar, Datuk
Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Pengerusi Syarikat Air Darul Aman (Sada)
dipotong sehingga masalah perkhidmatan bekalan air diselesaikan,”
katanya.
Selain itu, beliau mengatakan memorandum itu menggesa
Exco Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Badrol Hisham Hashim meletakkan
jawatan serta-merta kerana didakwa gagal menangani isu
berkenaan.
No comments:
Post a Comment