Idris bersama orang ramai di Dewan Majlis Daerah Besut semalam. |
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama
dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melaksanakan satu sistem yang
mengenakan peraturan kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
terutamanya pelajar asing bagi memantau kegiatan militan di kalangan mereka.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata
mekanisme itu perlu dilakukan bagi memastikan anasir kegiatan militan tidak
menular di kalangan para pelajar yang menuntut di IPT di negara ini.
Penuntut di institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pelajar tajaannya di dalam dan luar negara diberi amaran supaya tidak terlibat dengan kegiatan militan dan mengancam keselamatan negara.
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, pelajar yang terbukti melibatkan diri dengan anasir yang bersifat mengancam keselamatan negara akan ditamatkan kontrak termasuk tajaan, dengan serta merta.
Annuar...kontrak akan ditamatkan serta merta. |
"Satu perjumpaan antara KPT dengan KDN akan diadakan
bagi mendapatkan garis panduan sebelum sebarang sistem atau peraturan dibuat
bersesuaian dan tidak pula akan menyusahkan sesiapa.
"Perjumpaan itu akan diadakan dalam bulan ini juga
yang akan membabitkan pihak tertinggi dalam IPT dengan KDN," katanya.
Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari
Raya Parlimen Besut yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut di Jerteh,
semalam.
Idris diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin lalu yang mengesahkan dua daripada
penyerang krisis tebusan sebuah restoran di Dhaka, Bangladesh, Sabtu lepas,
pernah belajar di Universiti Monash di Sunway.
Di Kota Bharu kelmarin , Annuar menegaskan, pelajar tajaan Mara di luar negara tidak dibenarkan
melibatkan diri dalam persatuan yang tidak diiktiraf oleh kedutaan Malaysia,
pihak Mara atau universiti berkenaan, dalam Malaysia pun sama.
Kalau mereka menyertainya tanpa kebenaran, mereka
melanggar kontrak, mereka boleh diambil tindakan," katanya kepada
pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya
di Bukit Marak, Peringat dekat Kota Bharu.
Annuar mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa institusi pengajian tinggi (IPT)
dikenal pasti sebagai tempat yang dikhuatiri mempunyai pengaruh paling kuat
kumpulan militan.
Annuar berkata sekarang ini terdapat hampir 200,000
pelajar di institusi pendidikan Mara dan di bawah program tajaan Mara di dalam
dan luar negara, yang kesemuanya terikat dengan kontrak yang telah dimeterai.
"Setakat ini kita pantau, belum ada yang terlibat
cuma ada sedikit laporan awal beberapa pelajar kita di Amerika Syarikat di mana
kita ada dapat peringatan daripada pihak keselamatan di Amerika kerana ada
beberapa pelajar tajaan Mara terlibat dalam usrah yang sedang dipantau oleh
pihak keselamatan Amerika.
Mereka (AS) telah maklumkan dan kita (Mara) telah
mengambil tindakan kaunseling pelajar terbabit dan terus memantau,"
katanya.
Beliau berkata Mara memandang serius kegiatan yang
menimbulkan kecurigaan melibatkan pelajarnya.
Annuar berkata semua pihak perlu memandang serius pengaruh
dan ancaman daripada kumpulan pengganas.
No comments:
Post a Comment