Kepimpinan tertinggi UMNO enggan atau tidak berani
memecat Mad Said daripada parti itu?
Mereka bimbang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi
16-16 atau kemungkinannya lebih teruk?
Jangan lupa, ada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) yang menyokong Datuk Seri Ahmad Said (Mad Said). Jika beliau dipecat UMNO mungkin
tergugat.
Apa akan jadi jika sedemikian?
Itulah hakikat yang dibimbangi oleh Majlis Tertinggi
UMNO. Mahu tidak mahu mereka terpaksa ‘bersabar dengan kerenah Mad Said’.
Tetapi bagaimana dengan pemimpi UMNO Terengganu, mereka boleh sabar?
Cerita Mad Said 'buat kerenah' di Terengganu sudah
berbulan-bulan. Tetapi Majlis Tertinggi bagaikan tutup mata sebelah.
Semalam bekas menteri besar Terengganu itu mengatakan
beliau pasrah jika dipecat daripada UMNO ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan
negeri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ujar Mad Said, beliau menyerahkan kepada Majlis
Tertinggi UMNO untuk memutuskan kedudukan keanggotaannya dalam parti itu
selepas wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat.
Beliau yang merupakan ketua UMNO Kemaman berkata,
sekiranya Majlis Tertinggi ingin memecatnya dari parti, beliau akan akur dengan
apa juga keputusan yang akan dimuktamadkan nanti, memetik laporan SinarHarian.
Bagaimanapun, pemecatannya, jika berlaku akan memberi
kesan kepada kedudukan kerusi parti berkenaan dalam DUN Terengganu kerana akan
mengakibatkan jumlah kerusi yang dipegang akan sama banyak dengan pembangkang
iaitu 16-16.
“Saya tidak ada sebarang masalah dan akur terhadap apa
juga keputusan yang dimuktamadkan kelak, cuma apa sahaja keputusan nanti akan
memberi kesan kepada kedudukan dalam DUN,
“Pada masa sekarang, saya akan bertahan dan terus
menumpukan tugas sebagai wakil rakyat untuk membela nasib penduduk walaupun
terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan buruk yang dilemparkan sesetengah
pihak,” jelasnya yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kijal.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
merasmikan upacara pecah tanah projek 30 unit rumah kedai UMNO Bahagian Kemaman
yang bernilai RM45 juta yang dibangunkan dengan kerjasama Rayhar Properties Sdn
Bhd (Rayhar) di Kampung Dusun Nyior, semalam.
Dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan di Kuala
Lumpur kelmarin, ada segelintir pihak yang juga ahli UMNO menggesa pucuk
pimpinan UMNO memecat segera Mad Said ekoran kelantangannya mengkritik
kerajaan dan membuat usul undi tidak percaya pada sidang DUN yang lalu.
Baru-baru ini, Mad Said menolak pelantikan jawatan
sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang
diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.
Rombakan dan penstrukturan semula yang diumumkan Ahmad
Razif selepas mesyuarat exco negeri semalam melibatkan pertambahan dan
pertukaran tugas dalam usaha memantapkan pentadbiran negeri.
"Saya rasa sekarang ini saya lebih berminat bekerja
secara sukarela daripada dibayar gaji sebab saya dah berpencen," katanya
pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pribumi Perkasa
(PERKASA) di Kuala Terengganu.
Apakah Mad Said akan melakukan 'sesuatu yang mengejutkan' dalam sehari dua ini selepas beliau kini kukuh dengan jawatan barunya itu?
No comments:
Post a Comment