(KEMASKINI - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berakhir
TENGAH HARI INI tanpa sebarang insiden seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Kesemua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kecuali Anggota DUN Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang yang tidak hadir berikutan sedang berada di Turki, dilihat memberi komitmen terhadap perkara-perkara yang dibahaskan.
Malah ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang dikatakan akan mengemukakan usul tergempar tidak berbuat demikian. Bekas Menteri Besar itu hanya berada pada sesi awal sidang dan tidak kelihatan selepas sesi rehat iaitu kira-kira pukul 11 pagi.)
Kesemua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kecuali Anggota DUN Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang yang tidak hadir berikutan sedang berada di Turki, dilihat memberi komitmen terhadap perkara-perkara yang dibahaskan.
Malah ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang dikatakan akan mengemukakan usul tergempar tidak berbuat demikian. Bekas Menteri Besar itu hanya berada pada sesi awal sidang dan tidak kelihatan selepas sesi rehat iaitu kira-kira pukul 11 pagi.)
Tiada sebarang kekecohanpun berlaku pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi penggal keempat pagi ini.
mana ada provoksi oleh pihak tertentu meminta Menteri Besar letak jawatan?
Keadaan ini mempermudahkan usaha Perdana Menteri untuk
mengatasi kemelut politik di Terengganu.
Datuk Seri Mohd Najib Razak ada berjanji dengan
sekumpulan ADUN UMNO yang menemuinya kelmarin akan berbuat sesuatu jika sidang DUN
Terengganu hari ini berjalan dengan teratur.
Semua ADUN UMNO buktikan mereka memenuhi janji itu. Jadi
tunggu apa lagi?
Cuma anehnya, suasana sedikit berbeza daripada sidang
sebelum ini ialah kehadiran ramai anggota polis.
Selain itu ada sekumpulan kira-kira 100 penyokong Menteri
Besar berhimpun menunjukkan sokongan mereka kepada Ahmad Razif Abdul Rahman.
Tiada kumpulan ‘Ahmad Said’ bertindak seperti dilakukan
oleh penyokong Ahmad Razif dan bekas Menteri Besar itu datang bersaorang dan
ceria sepanjang sidang berlangsung.
Kenapa ada perhimpunan itu? Siapa menajanya?
Tidak adapun protes 'Gelombang Kuning' yang dipercayai
cuba mengaitkan pihak Istana Terengganu dalam memprotes kepimpinan kerajaan
negeri, seperti amaran
Polis Terengganu.
Kawalan keselamatan bagi sidang DUN hari ini juga
dipertingkatkan daripada sidang biasa apabila jumlah anggota polis bertugas
ditingkatkan.
Menurut pengawal keselamatan yang bertugas, setiap kali
sidang DUN, pihak mereka yang akan membuat pemeriksaan keselamatan tetapi
perkara sebaliknya berlaku pada hari ini.
"Selalu kami yang buat pemeriksaan keselamatan
tetapi hari ini pihak polis. Polis selalu ada di sini tapi hari ini ramai
sikit. Tak tahu (kenapa polis ramai). Tapi untuk sidang hari ini,"
katanya.
Jelas apa yang diramalkan media kononnya akan ada
kekecohan tidak belaku. Juga tiada usul apa-apa daripada Ahli Dewan Undangan
Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.
Ahmad Said berkata beliau tidak tahu sama ada undi tidak
percaya terhadap menteri besar akan diusulkan.
Ketika ditanya wartawan
sama ada akan ada usul undi tidak percaya daripadanya pada sidang DUN
hari ini, Ahmad Said hanya berkata: "Mana saya tahu," kata Adun Kijal
itu sambil tersenyum.Ditanya soalan
Ahmad Said kelihatan ceria ketika gambarnya dirakam
media.
Beliau menjadi perhatian susulan desas-desas undi tidak
percaya minggu lalu, walaupun telah dinafikan Menteri Besar Terengganu Ahmad
Razif Abdul Rahman.
Berbeza dengan Razif yang disambut sekumpulan penyokong,
Ahmad Said hanya hadir seorang diri.
"Tak ada nampak apa pun agenda. Saya seorang saja.
Nak buat apa kalau kita seorang," katanya lagi ketika ditanya sama ada
sebarang “kejutan” akan dibuat hari ini.
Yang paling menonjol ialah penyokong Ahmad Razif terdiri daripada NGO Pertubuhan Amal Maaruf Peribumi (KAMP) turut membawa kain rentang bertulis “Kami menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif,” “#respekmyMB” serta plakad “Hidup MB” dan “Teruskan TTB” (Transformasi Terengganu Baru).
Yang paling menonjol ialah penyokong Ahmad Razif terdiri daripada NGO Pertubuhan Amal Maaruf Peribumi (KAMP) turut membawa kain rentang bertulis “Kami menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif,” “#respekmyMB” serta plakad “Hidup MB” dan “Teruskan TTB” (Transformasi Terengganu Baru).
Mereka mula berkumpul kira-kira jam 8.30 pagi.
Ahmad Razif, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri
(Adun) Seberang Takir itu tiba pada jam kira-kira 9.20 pagi dan disambut dengan
laungan “Hidup MB”.
Beliau bersalaman dengan semua penyokongnya yang hadir
sebelum memasuki dewan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Ahmad Said tiba selepas itu.
Wakil KAMP, Ahmad Shukri Abdullah ketika ditemui
pemberita memberitahu, kehadiran mereka pada hari ini bagi memberi sokongan
terhadap kepimpinan Ahmad Razif.
"Kita datang untuk beri sokongan untuk menteri besar
kita iaitu Ahmad Razif. Kita sebagai badan NGO patut beri sokongan penuh
pada menteri besar kita sebab kita tengok kepimpinan beliau terbaik bagi kami.Biarlah menteri besar kita meneruskan pembangunan
untuk Terengganu kita ini," katanya.
ADUN UMNO yang didakwa akan bersama Ahmad Said dan turut
mengkritik kepimpinan Ahmad Razif – Ghazali Taib –berkata, beliau berharap
tiada perkara tidak diingini berlaku.
ADUN Ajil serta exco kerajaan negeri itu berkata isu undi
tidak percaya dan pembubaran DUN Terengganu hanya disensasikan oleh media.
"Saya tak tahu. Saya harap tak ada (usul undi tak
percaya). Kami satu pasukan, satu kepimpinan. Barisan exco
berfungsi dan berjalan macam biasa seperti biasa.
"Hal yang saya beritahu itu hal yang baik (minta
Razif letak jawatan). Tapi inilah peluang kepada pihak yang mengharapkan
sesuatu kehangatan. Kita mengharapkan tiada sebarang masalah, pembubaran DUN
dan pilihan raya negeri," kata Ghazali.
Semua anggota dewan hadir kecuali Anggota DUN Rhu
Rendang, Datuk Seri Hadi Awang.
Pada sidang hari ini, yang bermula pada pukul 9.35 pagi, Speaker
Datuk Mohd Zubir Embong mengingatkan semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.
Beliau mengingatkan mereka supaya menghormati satu sama lain, sambil menambah bahawa mereka tidak sepatutnya menyakiti hati dan perasaan orang lain.
Beliau mengingatkan mereka supaya menghormati satu sama lain, sambil menambah bahawa mereka tidak sepatutnya menyakiti hati dan perasaan orang lain.
Jelas ADUN UMNO dan pembangkang mematuhi peringatan itu.
Amat nyata ramalan kemungkinan yang akan berlaku daripada
persidangan hari ini, termasuklah jika Ahmad Said akan mencetuskan satu lagi
kontroversi seperti yang dilakukannya pada persidangan 8 Mac lalu jauh meleset.
No comments:
Post a Comment