"Biar Ahmad Razif buktikan kepada PM bahawa UMNO Terengganu di bawah kepimpinannya lebih baik keputusan PRU daripada hasil keputusan Datuk Seri Ahmad Said 17-15 pada PRU 2013."
Blogger Zabidi Saidi (Catatan Zabidi) kelmarin (18 September 2016) meminta
semua pihak, khususnya empat Menteri Besar, termasuk Ahmad Razif Abdul Rahman
agar jangan panik.
Ini kerana berita yang ditulis oleh Malaysiakini
berdasarkan kolumnis mingguan The Star, Joceline Tan adalah pandangan peribadi
penulis semata-mata.
Ia bukannya berita (hard news) yang dilaporkan oleh The
Star. Gambaran yang diberikan oleh Malaysiakini seolah-olah ia adalah berita
rasmi daripada akhbar The Star.
Beliau merujuk kepada tulisan Joceline dalam kolumnya
berkata menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
dijangka akan membuat 'perubahan' untuk memastikan BN kekal berkuasa.
Kata Zabidi, PRU-14 mungkin dipercepatkan pada bulan Mei
2017, maka tidak mungkin Ahmad Razif digugurkan sebagai Menteri Besar.
Dalam tempoh lapan bulan, apa yang Menteri Besar baharu
dapat buat untuk hadapi PRU akan datang?
Oleh itu biar Ahmad Razif membuktikan kepada Perdana
Menteri bahawa UMNO Terengganu di bawah
kepimpinannya lebih baik keputusan PRU daripada hasil keputusan Datuk
Seri Ahmad Said 17-15 pada PRU 2013.
Berbeza dengan kedudukan Ahmad Razif, kata Zabidi, berdasarkan keadaan semasa, kemungkinan tiga Menteri
Besar yang sakit, Datuk Seri Ahmad Bashah, Datuk Seri Adnan Yaacob dan Datuk
Seri Mohamad Hassan akan digugurkan dalam PRU akan datang.
Adnan sendiri sudah buat keputusan tidak mahu bertanding
lagi dalam PRU akan datang.
Walaupun tidak bertanding dalam PRU akan datang, beliau
tetap akan mengetuai jentera PRU Pahang.
Apabila BN membentuk kerajaan semula, barulah beliau akan
menyerahkan baton jawatan Menteri Besar kepada orang baru sama ada Datuk Mohd Shakar
atau Datuk Shaharudin Moin atau Datuk Sheikh Fauzi.
Oleh itu tidak mungkin jawatan Menteri Besar bertukar
sebelum PRU sama ada di Pahang, Kedah atau Negeri Sembilan.
Joceline yang memetik sumber berkata, perubahan yang akan
dilakukan termasuk menukar menteri besar di empat negeri- Pahang, Terengganu,
Kedah dan Negeri Sembilan.
"Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik sebagai berkata.
Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan Umno telah giat diperkatakan selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.

Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia
mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi
menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.
Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.

Pandangan yang boleh pakai....
ReplyDeletePandangan yang boleh pakai....
ReplyDelete