Polis Terengganu meminta orang ramai agar tidak
melindungi suspek yang sedang diburu berhubung kes pembunuhan seorang
kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di tempat letak kereta Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) di Kuala Terengganu pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap individu yang berbuat demikian.
Beliau berkata polis sedang memburu suspek berusia 29 tahun itu, yang berasal
dari Manir, kerana dipercayai menikam Mohd Shukri Husin, 34, sebanyak enam kali
sehingga maut.
Kejadian bermula apabila mangsa dari Kelantan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.
Apabila tembelang sebenar suspek diketahui, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.
Kejadian bermula apabila mangsa dari Kelantan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.
Apabila tembelang sebenar suspek diketahui, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.
Beliau berkata Ops Tutup turut dilancarkan bagi mengesan suspek dan seorang lagi rakannya.
Adik mangsa, Azlina Husin, 27 berkata dia tidak sangka
bakalnya yang selama ini berperwatakan lembut sanggup bertindak agresif dan
menikam abangnya.
Beliau bersama enam anggota keluarganya termasuk abangnya
bertolak dari Kelantan kira-kira pukul 10 pagi Sabtu dan tiba di Pejabat Maidam
pada pukul 10.30 pagi semalam bagi
mengesahkan status bakal suaminya itu.
Azlina berkata, beliau terkejut apabila diberitahu pihak
Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu bahawa suspek yang berumur 29 tahun
itu pernah berkahwin, sedangkan dia sebelum ini mempertahankan bahawa dia masih
bujang.
"Selepas dimaklumkan dia telah berkahwin, saya terus
berkata cukup setakat ini sahaja, kerana saya telah berjanji dengan keluarga
saya untuk tidak bersamanya jika dia suami orang.
Dia dengan tenang menerimanya (keputusan).
"Sejurus itu abang saya mengajak dia pergi minum.
Namun tiba-tiba kami terkejut, bila diberitahu abang saya telah ditikam,"
katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Azlina berkata, dia mula mengenali lelaki tersebut enam
tahun lalu menerusi telefon, namun hubungan mereka terputus seketika ekoran
kekangan kerja dan kembali berhubung rapat dua tahun lepas.
Beliau berkata, hasrat untuk melangsungkan perkahwinan
dengan lelaki berkenaan dibuat tahun ini selepas beberapa kali lelaki itu
menangguh perkara tersebut apabila diajak berkahwin sejak tahun lepas.
"Abang saya sebelum ini ada memaklumkan bahawa bakal
suami itu telah berkahwin, namun saya enggan mempercayainya lantas saya membuat
keputusan untuk menyemak statusnya," katanya.
Anak keenam daripada sembilan adik beradik ini berkata
bakal suaminya itu adalah seorang yang berperwatakan lembut dan sentiasa
prihatin, namun tidak menyangka dia bersikap seperti itu.
"Saya harap dia ditangkap segera sebab jika dia
boleh lakukan perkara itu pada abang saya, mungkin juga dia boleh lakukan benda
yang sama pada saya dan ahli keluarga saya yang lain.
"Sebelum ini abang saya selalu menasihatinya dan
meminta saya agar membuat keputusan yang tepat. Abang juga seorang yang sangat
bertanggungjawab. Saya sangat terkilan disebabkan saya, abang saya yang menjadi
mangsa," katanya.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa ditikam
sebanyak enam kali dengan pisau.
Suspek kemudian melarikan diri bersama seorang rakannya
dengan kereta.
Suspek dipercayai telah bersedia dengan pisau yang
dibalut dengan kertas surat khabar dan disimpan di dalam poketnya.
No comments:
Post a Comment