Kedua-dua suspek direman selama empat hari bagi membantu kes penipuan umrah. |
Semalam, Sinar Online melaporkan dua lelaki termasuk
seorang pengarah direman selama empat hari bagi membantu kes penipuan umrah
membabitkan kira-kira 3,000 mangsa dengan nilai jutaan.
Perintah reman terhadap suspek masing-masing berusia 28
tahun dan 30-an dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi di Kuala
Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana
menipu.
Sebelum ini, dua suspek dilaporkan menyerah diri di balai
polis Besut,semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) mengesahkan kenyataan berkaitan kegagalannya
menguruskan kira-kira 2,000 jemaah menyertai pakej umrah disediakannya.
Isu membabitkan YBNT diperkatakan sebelum ini oleh sebuah
blog, teganukini pada 11 Disember lalu bertajuk “Pakej Umrah
JPNT/YBNT Tidak Menjadi, Apakah Wujud Unsur Penipuan?” membimbangkan
banyak pihak selepas kegagalan peserta menunaikan umrah seperti dijanjikan.
Laporan teganukini menyebut, laporan yang diviralkan
sejak awal November itu menyebut ‘program ini dianggap penipuan kerana walaupun
mulanya dikatakan ia akan membabitkan seramai yang mungkin, iaitu mececah 2,000
orang, namun akhirnya tidak sampai 300 orang sahaja yang terpilih.’ untuk
menunaikan umrah.
Pakej ini dimaklumkan kepada guru-guru apabila pada
Ramadan lalu, satu surat tawaran mengerjakan umrah usahasama JPNT dan YBNT
diedarkan kepada semua sekolah negeri Terengganu yang ditandatangani oleh
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.
Diberitakan bahawa YBNT akan menempah pesawat khas untuk
membawa jemaah ini dan pakej sebenar melebihi RM6,000. Guru-guru yang layak
diminta membayar sebanyak RM3,000 sahaja dan selebihnya akan ditaja oleh YBNT.
Bagaimanapun, semua yang diuar-uarkan tidak menjadi.
Pada 11 November juga Bernama melaporkan, YBNT yang
terlibat dalam program menaja guru menunaikan umrah, tampil memohon maaf ekoran
berlaku pindaan tarikh dan tundaan pemergian mereka ke Makkah.
Pengarah YBNT, Mohd Adam Ghazali berkata keadaan itu
berlaku ekoran pihaknya masih belum menerima bajet korporat.
Pada sidang media, beliau berkata selepas mengadakan
perbincangan bersama beberapa pihak sehari sebelum itu, pihaknya memutuskan
untuk meminda semua tarikh umrah 2016 ke Mac dan Mei tahun depan.
Pada masa sama, katanya, mana-mana peserta yang ingin
menuntut kembali deposit boleh berhubung terus dengan YBNT bermula minggu ketiga
Januari depan.
Sebelum itu dilaporkan beberapa guru yang telah mendaftar
menunaikan umrah menerusi YBNT tersadai di lapangan terbang kerana YBNT tidak
memberi kata putus dan ada yang ditunda tarikh penerbangan sehingga tiga kali.
YBNT turut mengakui segala kelemahan dan kesilapan yang
berlaku.
Program ini bukan kali pertama diadakan, malah pihaknya
telah menaja 23 kali, selain mengeluarkan belanja hampir RM10 juta untuk
program pendidikan pada sesi persekolahan 2016.
YBNT beberapa kali menafikan pihaknya menipu 2,418
peserta yang sebahagian membabitkan ramai guru untuk mengikuti Program
Umrah anjuran yayasan itu.
No comments:
Post a Comment