Semakin dekat pilihan raya umum, semakin banyak isu
membabitkan UMNO dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Tidak tahulah apakah ini ada kaitan dengan kelemahan
pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif atau ada ahli kepimpinan UMNO
Terengganu memang sengaja ‘cari pasal’.
Kini muncul pula isu bantahan eakyat terhadap cadangan kerajaan untuk membina sebuah hotel berdepan
dengan Masjid Sultan Mahmud di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Tidak diketahui ini salah 100 peratus UMNO dan BN Terengganu atau kerana individu tertentu.
Satu laporan sudah dibuat oleh Jawatankuasa (JK) Bertindak
Selamatkan Masjid kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) Terengganu berhubung
pembinaan bangunan setinggi tujuh tingkat tersebut.
JK Bertindak itu mendakwa
jamaah qariah masjid dan penduduk Bandar Kuala Berang tidak bersetuju
dan membantah cadangan kerajaan BN mahu membina hotel 72 unit bilik penginapan
serta Blok Bangunan Kedai tiga tingkat mengandungi 30 unit ruang niaga.
Bantahan itu berasaskan kepada salah guna kuasa dua
institusi yang mempunyai ‘authoriti’ dan ‘akses’ kepada pembinaan tersebut.
Bantahan itu berasaskan dua perkara:
1.
Cara pembinaan (projek) ini tidak mengikut
peraturan. Jawatankuasa itu sudah merujuk kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu
(MDHT) dan didapati belum ada sebarang kelulusan pelan daripada MDHT;
2. JK kesal dan membantah tindakan MAIDAM (Majlis
Agama Islam Dan Adat Melayu) yang membenarkan kawasan yang diwartakan untuk
pembesaran masjid dan kawasan parkir masjid tetapi dibenarkan untuk membina
hotel dan kompleks perkedaian.
Laporan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) berhubung
cadangan itu dibuat kelmarin (16 Januari).
Pengerusi JK Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud di
Kuala Berang, Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid menegaskan beliau serta jemaah masjid dan masyarakat di Kuala Berang melahirkan rasa kesal dan
membantah tindakan kerajaan untuk membina hotel dan kompleks perkedaian ini di
kawasan masjid.
Beliau berkata demikian selepas membuat aduan dan
menyerahkan dokumen bantahan kepada Pengarah Biro Pengaduan Awam Jabatan
Perdana Menteri di Tingkat 2, Wisma Maidam, Jalan Banggol, Kuala Terengganu.
Muhyidin yang juga mantan Ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu
berkata hasil pertemuan beliau dengan pihak MDHT mendapati projek itu belum
mendapat sebarang kelulusan pelan.
Justeru, katanya bagaimana projek tanpa pelan telah
dibenarkan beroperasi dalam kawasan penguatkuasaan MDHT sendiri.
“Kerja-kerja awal telah dimulakan, pagar masjid
sebahagiannya telah diroboh, pokok-pokok ‘landscape’ (hiasan taman) masjid
telah dimusnahkan dan menutup laluan parker masjid dengan mendirikan
pagar-pagar zink. Sedangkan, belum ada kelulusan pelan dari pihak MDHT," katanya.
Berdasarkan pernyataan Warta Kerajaan Negeri Terengganu
bertarikh 20 Julai 2006 (No.544) menyebut adalah diistiharkan bahawa
tanah-tanah dan kawasan-kawasan yang tertentu yang dinyatakan dalam jadual di
bawah ini bagi maksud yang berikut:
1.
Pembesaran tapak Masjid Sultan Mahmud, Kuala
Berang dan jalan masuk ke masjid melalui Jalan Pusara, Mukim Kuala Berang, Hulu
Terengganu.
2.
Pelan pengambilan tanah untuk pembesaran Masjid
Sultan Mahmud dan laluan masuk melalui Jalan Pusara, Pekan Kuala Berang, Daerah
Hulu Terengganu pula bertarikh 27 Jun 2013.
3.
Lot-lot tanah yang terlibat iaitu Lot 129 GRN
12809 pada keluasan 0.33091 bersamaan 0.83 ekar dan Lot 130 GRN 5465 pada
keluasan 0.15633 bersamaan 0.39 ekar.”
Persoalan kini ialah siapakah daripada kalangan pemimpin
UMNO atau kerajaan BN negeri yang terbabit dengan projek ini?
Jika ia dilihat sensitif kepada pendudukan tempatan, kenapa Ahmad Razif biarkan projek ini diteruskan?
Juga bagaimana
projek ini sudah mula dilaksanakan jika urusan mengenai pelan pembinaan
bangunan berkenaan belum diluluskan?
Apa erti semua ‘permainan’ ini dan isu ini pastinya akan
menjadi ‘salah satu peluru’ kepada pembangkang pada pilihan raya umum nanti.
No comments:
Post a Comment