Sebelum ini Besut adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Tetapi hari ini kekuatan itu sudah menjadi lemah dan lesu
kerana tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahlinya.
Ini dakwaan pemimpin PAS. benarkah demikian?
Parlimen Besut mempunyai pemimpin berwibawa seperti Datuk
Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta Ketua Bahagian UMNO,
Nawi Mohamad adalah Exco Kerajaan Negeri.
Sementara Datuk Mohd Pahemi Yusof ialah EXCO Kerajaan
Negeri yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.
Dengan kedudukan ini, apakah Besut lemah? Ataui a dakwaan
PAS semata-mata.
Besut kini digempur oleh PAS Terengganu melalui Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap)
3.5 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Raja, Besut mulai hari ini (23
Februari) hingga Sabtu (25 Februari ini).
Namun, katanya kekuatan itu semakin lemah apabila Umno-BN
kini sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli parti sendiri.
Berikutan itu, peluang PAS kembali cerah bagi mengulangi
sejarah kemenangan parti itu sebagaimana tahun 1999 lalu.
“Selesai kita bersolidariti di Padang Merbok kerana H355
dan kini, seluruh ahli dan jentera parti (PAS) Terengganu akan ‘berkampung’
pula di Dun Kampung Raja, Besut untuk Harap 3.5.
“Sebelum ini, Besut adalah kubu kuat UMNO dan BN
Terengganu. Tapi, hari ini kekuatan itu sudah menjadi lemah dan lesu kerana
tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahlinya.
“Kita (PAS) akan mengumpul kekuatan dan sasaran untuk
menang empat DUN satu Parlimen semakin cerah seperti tahun 1999 yang lalu, In
shaa Allah,” jelasnya.
Bagi Pas Besut, kemenangan akan dapat membantu merealisasikan hasrat parti untuk kembali memerintah Terengganu Darul Iman.
“Kehadiran ribuan peserta Harap 3.5 kelak akan membantu
menyuntik semangat bekerja dengan penuh komited dan iltizam untuk menjayakan
operasi menawan Terengganu dalam PRU14.
Visi dan misi yang telah kita sepakati itu sangat penting
untuk dijayakannya. Insya’Allah, PAS Kawasan Besut akan menjadi pelengkap
kepada kemenangan itu,” jelasnya.
Apakah tindak balas UMNO dan BN Terengganu terhadap Harap
3.5 ini?
Apakah UMNO/BN akan berpeluk tubuh?
No comments:
Post a Comment