Seorang bekas penolong jurutera pembangunan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
(MAIDAM) Terengganu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas
tuduhan mengemukakan tuntutan palsu, dua tahun lalu.
Tertuduh, Syed Ahmad Izzuddin Syed Abdullah, 34, yang
kini bekerja sebagai Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya daerah membuat
pengakuan itu di depan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz dan memohon untuk
dibicarakan.
Syed Ahmad Izzuddin, sebagai wakil MAIDAM ketika itu
dituduh memperdaya Akauntan Unit Kewangan MAIDAM, Norhana Yaakub dengan
mengemukakan butiran tuntutan palsu RM6,400 untuk pesanan kerajaan bagi pemasangan
permaidani di Surau Al-Hijrah di Lot Perpindahan Tok Adis di Kuala Terengganu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 29 Disember 2015
di pejabat MAIDAM di Kuala Terengganu, serta didakwa mengikut Seksyen 18, Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Pada 27 Oktober tahun lalu dilaporkan SPRM Terengganu
membuka 35 kertas siasatan berhubung penyelewengan pembekalan pemasangan karpet
di beberapa masjid dan surau di negeri ini.
Pengarah SPRM Terengganu, P. Ganason berkata kertas siasatan itu kini di peringkat
akhir sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM."Kira-kira 30 saksi terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), orang awam dan kontraktor telah dipanggil bagi membantu siasatan sejak kita mendapat maklumat mengenai kes itu awal tahun ini," katanya.
Sebelum itu, media melaporkan Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim mendedahkan perkara itu yang melibatkan penyelewengan tuntutan keseluruhan bernilai lebih RM1 juta.
Dalam pada itu, Ganason memberitahu bahawa SPRM Terengganu membuka 51 kertas siasatan berhubung kes jenayah kolar putih melibatkan kes rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tahun ini.
"Daripada jumlah itu sebanyak 14 tangkapan telah dilakukan dan 19 individu telah dituduh di mahkamah," katanya.
Pendakwaan terhadap Syed Ahmad Izzuddin hari ini dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shahida Muslimah.
Roslan manakala
tertuduh diwakili peguam Nik Radhia Nik Ya. Mohamad Haldar menetapkan 20 Mac
ini sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan
seorang penjamin.
Sumber – Berita Harian & mStar
Sumber – Berita Harian & mStar
No comments:
Post a Comment