Untuk apa lagi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan
Masjid Sultan Mahmud, Muhyiddin Abd Rashid mengkritik ‘Sesi Pendengaran Projek
Pembinaan Dalam Kawasan Masjid’?
Muhyiddin mempunyai alasan sendiri (baca kenyataannya di bawah) sambil mendakwa UMNO Bahagian
Hulu Terengganu kini sedang lemas dengan isu Pembinaan Hotel dan Kompleks Perkedaian
di dalam kawasan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.
“Kita tetap akan meneruskan kerja-kerja kita sehingga
projek ini dipindahlan ke tempat lain yg lebih sesuai atau kes ini akan di bawa
ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegasnya.
Dalam kenyataannya kelmarin (5 Februrai 2017), beliau
sudah merujuk dan mendengar pandangan-pandangan daripada berbagai pihak
berhubung jemputan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) kepada Pengerusi
Jawatakuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud ke Sesi ‘Town Hall’ di
Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Menurut beliau, sesi itu diadakan kerana mereka (UMNO
Hulu Terengganu) tidak mampu untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya
Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini secara bersendirian.
Justeru, mereka cuba mengheret pegawai kerajaan untuk
menjadi benteng pertahanan mereka, dan seterusnya mereka mahu melihat
Jawatakuasa Bertindak bertelagah dengan pegawai-pegawai kerajaan, latanya.
Baca seterusnya kenyataan Muhyiddin:
Jemputan Ke Sesi Pendengaran
Projek Pembinaan Dalam Kawasan Masjid
Saya telah merujuk dan mendengar pandangan-pandangan
daripada berbagai pihak berhubung jemputan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)
kepada Pengerusi Jawatakuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud ke Sesi
‘Town Hall’ di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Perlu disedari, Umno bahagian Hulu Terengganu sedang
lemas dengan isu Pembinaan Hotel dan Kompleks Perkedaian di dalam kawasan
Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.
Mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan rakyat,
khususnya Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini secara bersendirian.
Justeru, mereka cuba mengheret pegawai kerajaan untuk
menjadi benteng pertahanan mereka, dan seterusnya mereka mahu melihat
Jawatakuasa Bertindak bertelagah dengan pegawai-pegawai kerajaan.
Mereka menggunakan kuasa Exco, untukk memaksa Pegawai
Daerah, MDHT, JKR, MAIDAM, Pesuruhjaya Agama, dan lain-lain jabatan untuk
berdepan dengan Jawatankuasa Bertindak dihadapan penyokong-penyokong mereka.
Difahamkan mereka mengerahkan semua Pengerusi JKKK,
Setiausaha JKKK, AJK masjid, Guru besar, AJK PIBG dan kaki tangan kerajaan
untuk hadir sebagai penyokong mereka dalam majlis tersebut.
Maklumat yang diperolehi, hadirin yang dijemput berjumlah
1,000 orang.
Kita tidak mahu terperangkap dengan permainan mereka yg
mahu melaga- lagakan Jk Bertindak dgn Ketua-ketua Jabatan yang sememangnya
terpaksa menurut arahan.
Kami akan teruskan kerja kami, dengan menerangkan kepada
rakyat tentang tindakan rakus dan tamak pemimpin Umno Hulu Terengganu, sehingga
sanggup menceroboh tanah rezab masjid untuk kepentingan beberapa individu yang
haloba.
Kita tetap akan meneruskan kerja-kerja kita sehingga
projek ini dipindahlan ke tempat lain yg lebih sesuai atau kes ini akan di bawa
ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Saya menyeru, jika benar MDHT mahu mendengar pandangan
Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini, saya bersedia hadir pada bila2 masa
yang sesuai, ke pejabat MDHT untuk memberi pandangan kami.
Sekian. Terima kasih.
Haji Muhyiddin Abd. Rashid
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Selamatkan Masjid Sultan Mahmud.
5hb Februari 2017.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Selamatkan Masjid Sultan Mahmud.
5hb Februari 2017.
No comments:
Post a Comment