Apabila PAS Seberang Takir mengatakan pihaknya sedia
ganti UMNO di Seberang Takir, apa senjata yang mereka ada untuk mengalahkan ‘Pahlawan
Bugis’ di situ.
Pahlawan itu bukan 'kecik anak' kerana ia setaraf Pahlawan Bugis di Putrajaya. Ini pengakuan pahlawan itu sendiri tidak lama sebelum ini.
Dengan kata lain, bukan calang-calang orang pahlawan itu.
Dia mempunyai kuasa politik dan wang. Rakyat Terengganu, apa lagi di Seberang Takir tahu mengenai perkara ini.
Hanya dalam satu dekad beliau menjadi begitu kuat dan bukan mudah untuk menumbangkannya.
Dia Menteri Besar dan bos UMNO Terengganu dan Barisan
Nasional (BN) Terengganu.
Malah dia pernah mendabik dada ‘mempunyai sejumlah wang
yang besar’ untuk memenangkan UMNO/BN Terengganu dan pasti dirirnya.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria
Dagang berkata PAS kini meningkatkan inisiatif memberi penerangan kepada rakyat
dan bersedia menggantikan Umno untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Seberang Takir, pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ‘Ops Harap’ adalah usaha kempen mendekati
masyarakat yang diadakan secara berterusan sehingga ‘gendang pilihan raya
dipukul’.
.
“Program ini (Ops Harap) telah masuk siri kedua diadakan
di DUN ini, adalah satu program untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang
semakin hampir,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui mendedarkan
risalah penerangan di pasar pagi Teluk Ketapang, pada Jumaat 10 Febuari (semalam)
di Seberang Takir.
Zakaria mungkin mengambil peluang daripada kedudukan
kesiahatan Ahmad Razif yang memerlukan beliau berehat selepas ‘satu kemalangan’
di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Juga Zakaria mungkin yakin berasaskan undi pada pilihan
raya umum lalu di mana perbezaan undi yang sedikit antara beliau dengan Ahmad
Razif sebelum ini.
Lihat keputusan PRU13 seperti di bawah:
Jika beliau mendapat tambahan undi sebanyak kira-kira 800
lagi, Zakaria boleh menang di DUN berkenaan.
Tetapi apakah rakyat Seberang Takir akan mudah menolak
Ahmad Razif begitu sahaja dengan pembangunan yang dibawa oleh beliau ke daerah
baru itu dan DUN Seberang Takir sendiri.
Atau apakah Zakaria akan memainkan berbagai ‘isu
kontroversi membabitkan batang tubuh Ahmad Razif’ untuk mengalahkan beliau?
Walaupun banyak belum dibuktikan betul kontoversi itu,
apakah Zakaria ada maklumat mengenainya?
Zakaria menjelaskan, rata-rata pengunjung yang ditemui
memberi maklumbalas positif terhadap usaha yang sedang PAS lakukan.
“Saya melihat ini satu petanda baik dalam usaha kita
untuk menawan ‘kerusi’ UMNO di dun Seberang Takir ni...Kita (PAS) akan cipta
satu sejarah di (DUN) Seberang Takir pada pilihan raya nanti…… itu tekad kami
di sini”, tegas beliau.
Katanya, pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam program
selama tiga hari setiap siri ‘Ops Harap’ yang diadakan pada setiap hujung
minggu.
Antaranya, kata beliau ialah, penyampaian maklumat
melalui pengedaran risalah di tempat-tempat awam dan pengisian rohani melalui
kuliah di surau-surau.
Selain itu, beliau berkata, ‘Ops Harap’ juga melibatkan
program ‘mesra masyarakat’, melalui ziarah kepada golongan miskin, orang
kelainan upaya, sakit, warga emas dan armalah (ibu tunggal).
No comments:
Post a Comment