Wartawan veteran, Subky Abdul Latif PAS berpendapat adalah ‘membuang
masa’ berbincang dengan parti-parti lain kerana mereka tidak bersedia menerima
syarat yang dikemukakan PAS.
Beikutan itu, beliau
melihat PAS sebagai sebagai parti yang
layak bertanding pada semua kerusi di negeri Terengganu pada pilihan raya umum
(PRU) akan datang.
PAS tidak ada pilihan yang
banyak buat masa ini, tegas tokoh wartawan dan orang lama PAS berkenaan.
Pada sesi temubual dengan
Harap TV di Kuala Terengganu pada Ahad, 19 Mac 2017, beliau yakin PAS akan
menjadi pembangkang yang kuat di Terengganu.
Beliau seperti menyindir
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila mengatakan ‘sepatutnya apabila
mereka telah berpecah dengan UMNO mereka mengikut PAS kerana PAS telah ada
dasar ‘PAS Ganti UMNO.”
Menurut Subky: “Sepatutnya
PAS bertanding semua…..dulu pun, dua tiga PRU yang lepas sepatutnya, PAS
bertanding semua tapi kerana wujudnya Pakatan (Pakatan Harapan) jadi kita
bahagi-bahagikan kerusi.
“Parti-parti yang ada itu
memaksa PAS untuk bersedirian…….maka pilihan kita tidak ada, sepatutnya apabila
mereka telah berpecah dengan UMNO mereka mengikut PAS kerana PAS telah ada
dasar ‘PAS Ganti Umno’,” jelasnya.
Subky turut mempersoalkan
pendapat kononnya UMNO bersetuju memberi
laluan kepada PAS untuk menguasai beberapa negeri.
“Ia hanya ‘cakap-cakap
manis’ sahaja. Sedangkan hakikatnya, UMNO sebenarnya tidak mahu PAS bertanding
walau satu kerusi pun.
“UMNO ni dia tak akan
setuju (parti lain) ambil satu kerusi pun dalam dunia ini! Dia (UMNO) nak ambil
semua itu hajat dia,” tambah beliau.
Berikutan kedudukan ini, beliau
berpendapat PAS mampu menjadi pembangkang yang unggul.
“PAS akan menjadi
pembangkang yang tunggal yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat
mengemukakan pendapatnya.
“Mungkin pada masa ini PAS
tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan
menjadi kuat,” ujarnya.
Menyentuh RUU 355 yang
akan dibawa oleh Barisan Nasional pada sidang parlimen, beliau berkata, ia
menjadi tanggungjawab kerajaan membawa perkara tersebut.
Katanya, sepatutnya Dato’
Onn Jaafar telah melaksanakan kehendak Islam sejak Malaysia merdeka sebagaimana
yang disarankan oleh pemimpin PAS.
Menurutnya, Dr Burhanuddin
al-Helmi berkata ketika menerima kemerdekaan, tidak ada kemerdekaan yang
sebenarnya, tanpa melaksanakan syariat Islam.
“Tetapi apabila PAS
sokong, tidak bermakna PAS akan ‘tutup’, kalau PAS tak ada, mungkin dia tak
buat, (dan memang) sepatutnya pindaan RUU 355 itu kerajaan yang bawa, tetapi
kerajaan gagal bawa, jadi PAS yang bawa.
“Kita sudah lama wujudkan
enakmen syariah di Kelantan dan Terengganu, jadi dengan yang dibawa oleh mereka
sesuai dengan apa yang dkemukakan PAS, kita akan sokong asalkan undang-undang
syariah dapat dilaksanakan,” tegas Subky.
No comments:
Post a Comment